Friday 16 August 2013

Cinta Butiran Pasir



CINTA BUTIRAN PASIR




Pagi ini, satu persatu ku selak kalam tulisan semalam
meneliti bait-bait yang tersusun
dari hati

Merenung semula ingatan daripada Al Fudhail Ibnu 'Iyadh,

'Sesungguhnya Allah telah berfirman :

Adalah DUSTA orang yang mendakwa CINTA kepada-KU tetapi dia tidur daripada-KU,
bukankah setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berKHALWAT (bersunyi-sunyi) dengan kekasihnya?
Inilah AKU yang sentiasa MEMERHATIKAN KEKASIH-KEKASIH-KU,
sungguh mereka jelmakan AKU dalam PANDANGAN mereka,
berdialog dengan-KU seolah-olah mereka MENYAKSIKAN AKU,
bercakap dengan-KU seolah-olah AKU HADIR di hadapan mereka.
Esok akan AKU senangkan hati kami di dalam syurga-syurga-KU.
Perasaan ini sentiasa tersemat kukuh di hati mereka sehingga TIDAK ADA DI DALAM HATI MEREKA KECUALI AKU.
Oleh itu tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang ada di dalam hati mereka.


Indah bukan kata-kata ini?
Adakah anda terasa keindahannya
Atau biasa-biasa sahaja
Indah bukan jika diri kita terasa dalam perhatian dan diperhatikan Maha Pencipta kita

Hmm...

Dahulu, seringkali aku mencoretkan bicara buat Maha Pencipta
Semuanya ku ceritakan
Dari sekecil-kecil bicara
Hingga ke besar-besar perkara
Biar remeh, semuanya kuluahkan
Bagai DIA dihadapanku
mendengar segala bicara, segala cerita, segala rintihan

Hari ini, ku coretkan buat ke sekian kalinya
........
........
........

Terasa kesedihan mula menapak di hati ini
Terasa sendu mula menggigit
Wahai Allah
Air jernih yang mengalir terasa murah
Indah jika dapat bersunyian dengan-MU
Indah jika dapat berbicara dengan-MU
Jangan biarkan masa-masa indah berlalu

apa khabar zikirku
apa khabar wiridku
apa khabar tadarrusku
apa khabar hafazanku
apa khabar tadabburku
apa khabar mathurat kubramu

ke mana tasbihmu?
adakah masih di hujung jari
atau tersimpan di almari

Apakah nilai sebuah CINTA
adakah seperti ukiran cinta di butiran pepasir

Wahai Guru yang mendidikku
mengenal Penciptaku
moga Allah merahmati Guru sekeluarga

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Moga Allah mengampuni segala kelemahan diri
Moga Allah mengampuni segala kesalahan diri
Moga Allah mengampuni segala kelalaian diri
Moga pendakian tidak terhenti di sini

Sebuah jalan yang panjang tiada penghujung

Wahai Pencari Cinta
Wahai Perindu Ilahi
Merendahlah di hadapan Allah!
Tumpahkanlah segala keperluan kalian kepada-NYA!
Lupakan amal kalian!
Tutuplah pintu makhluk!
Bukalah pintu hubungan dengan Allah!
Sedarilah dosa kalian
Segeralah mohon ampunan-NYA atas segala kesalahan
Percayalah bahawa tiada yang dapat menimpakan mudarat dan manfaat,
juga tidak ada yang dapat memberi dan menahan,
kecuali DIA!

Pesanan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani,

"Kalian harus ikhlas dalam beramal.
Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian lakukan.
Jangan pernah mengharap ganti dari pemberian kalian itu.
Beramallah kerana Allah.
Jadilah orang yang mengharap redha-NYA"

Niat merupakan penunjuk rasa ikhlas

"Ketika kalian berbicara, berbicaralah dengan niat yang tulus.
Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus pula.
Kerananya, setiap amal yang tidak diawali niat, amalnya akan sia-sia"

Apakah ciri-ciri ikhlas?

"Di antara tanda ikhlas, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain"

Ikhlas juga tidak disertai dengan rasa sombong.

"Sedikitpun kalian jangan sombong terhadap amal, kerana kesombongan itu dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian itu"

Mengapa ya? Hmm... seandainya tidak ada pertolongan-NYA, kita pasti tidak akan pernah mampu BERSABAR, MELAKSANAKAN SOLAT dan BERPUASA...

Allah... Allah... Allah...
Moga Allah bantu hamba-NYA yang lemah ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...