Saturday 14 June 2014

Bersahabat dengan Pencipta-MU


Sufyan Ats-Thauri berkata :

1. Jangan kamu jualkan persahabatanmu dengan Allah swt kerana inginkan persahabatan dunia dan isinya

2. Aku takut menerima sesuatu daripada seseorang kerana hatiku mungkin jatuh cinta kepadanya. Aku hanya ingin hidup bersama Allah swt

3. Dosa dengan manusia itu lebih besar dosa dengan Allah swt

4. Bagi ahli dunia, tidur itu lebih baik daripada berjaga kerana dengan tidur mereka tidak dapat membincangkan hal-hal keduniaan

5. Seseorang bertanya kepada Ats-Thauri : 'Jika seseorang pergi berkhalwat (memencilkan diri kerana Allah swt) Apakah makanan yang akan dimakannya?' Beliau menjawab : 'Orang yang takut kepada Allah swt tidak bimbang dengan perkara berkaitan keduniaan'.

Rujukan : Kitab Tazkirah Awliya', m/s 81

Cinta & Rindu Allah..



Al-Junaidi Al-Baghdadi pernah berkata :
1- Mati itu rumah Allah SWT, jangan biarkan selain Allah SWT mendiaminya. ( Jangan biarkan kita mati dalam keadaan Syirik kepada Allah SWT ).
2- Rindu kepada Allah SWT itu membuang dosa.
3- Kamu tidak akan mencapai Baqa’ ( kekal dengan Allah SWT ) sebelum melalui Fana’ ( hapus diri ).
4- Orang yang takut kepada Allah SWT tidak sentiasa senyum.
5- Orang yang hidup bersandarkan nyawa akan mati, kerana nyawa akan berpisah daripada badan. Orang yang hidup bergantung kepada Allah SWT tidak akan mati kerana Allah SWT tidak akan mati.
6- Mata manusia itu lebih baik buta sekiranya mata tidak dapat menghargai Keindahan Allah SWT.
Lidah manusia itu lebih baik bisu jika lidah tersebut tidak menyebut Nama-nama  Allah SWT.
Telinga manusia itu lebih baik tuli jika telinga tersebut tidak boleh menerima Nasihat Allah SWT.
Anggota manusia  itu lebih baik mati jika tidak melakukan Arahan Allah SWT.
7- Orang yang bergantung dengan usahanya sendiri dalam mengenang Allah tidak akan mendapat ganjaran penuh dalam ibadatnya.
8- Orang yang dicintai oleh Allah SWT akan dipermudahkan kepadanya untuk berkawan dengan Wali-wali Allah SWT.
9- Orang yang mengkaji sesuatu tetapi tidak mengkaji hikmah perkahwinan tidak akan mencapai kesempurnaan dalam kajiannya.
10- Orang yang terlalu banyak makan tidak akan dapat melakukan ibadat.
11- Dunia itu tidak manis tetapi manis pada nilai kerohanian yang Allah SWT berikan kepadanya.
12- 400 orang ulamak bersepakat ” Seseorang itu hendaklah melakukan ibadat dengan penuh hati dan khusyuk sehingga tidak terlintas dalam fikirannya selain daripada Allah SWT”.
13- Seorang sufi itu seperti ladang, baja dan isinya. oleh yang demikian orang sufi adalah ibarat benih-benih yang baik.
14- Tauhid itu adalah mengenal Allah SWT.
15- Perasaan Cinta kepada Allah SWT akan membunuh perasaan ego yang terdapat dalan jiwa orang mukmin.
16- Sesat lalai daripada mengingati Allah SWT menghapuskan pahala seribu tahun beribadat.
17- Orang yang Benar-benar Ikhlas kepada Allah SWT pasti akan menjumpai Allah SWT.
18- Orang yang benar-benar  Mukmin adalah orang yang yakin hanya Allah SWT sahaja yang dapat memberi makanan kepadanya.
19- Orang yang berakal waras adalah lebih baik daripada orang sufi yang memiliki perasaan jahat di dalam hati.
20- Allah SWT terlebih dahulu mencipta Rahmat daripada mencipta Dunia.
21-  Sesiapa menyebut nama Allah SWT pasti namanya akan lenyap bersama nama Allah SWT.
22- Kesufian yang Allah SWT kurniakan kepada semua insan adalah kesufian yang lari daripada dunia dan menuju kepada Allah SWT dengan peribadatan.
23- Rahsia kesufian itu adalah Rahsia yang tersimpan di sisi Allah SWT yang tidak akan diketahui oleh sesiapa pun.
24- Jenayah yang paling zalim adalah Tamak haluba.
25- Berfikir dengan ayat-ayat Al-Quran akan mendapat Cahaya Allah SWT, kemuliaan Allah SWT dan Taqwa kepada Allah SWT.
Ayat-ayat Al-Quran berupaya melahirkan perasaan Cinta kepada Allah SWT.
26- Orang yang sentiasa memikirkan Rahmat Allah SWT akan dapat menghilangkan dosa kerana orang yang bimbang kehilangan Rahmat Allah tidak akan melakukan dosa.
27- Orang yang paling agong disisi Allah adalah orang yang menyerah kehendaknya kepada kehendak Allah SWT dan keredhaan Allah SWT.
28- Seseorang yang benar-benar Hamba Allah SWT tidak akan menyembah selain daripada Allah SWT.
29- Buangkan perasaan pentingkan dunia, pasti  Allah SWT akan membuka Jalan untuk menemuiNya.
30- Membuang hawa nafsu akan menjadikan diri anda pendamping kepada Allah SWT yang paling dekat.

Kitab Takirah Awliya’. m/s : 111-113.

Mengulit Cinta Rindu Ilahi



Mengulit Cinta Ilahi


Wahai Maha Pengasih,
Bukakanlah pintu-pintu Solat
Bukakanlah pintu-pintu Saum
Bukakanlah pintu-pintu tilawah al-Quran
Bukakanlah pintu-pintu kefahaman Din-Mu
Buat hamba-Mu, hamba-hamba-Mu

Dan alangkah indahnya wahai Penciptaku
Jika Engkau buka pintu-pintu cinta-Mu buat hamba-Mu mengadap-Mu

Tiadalah kesusahan
melainkan Engkau izinkan ianya berlaku,
Tiadalah kemudahan
melainkan Engkau berikan kemudahan itu,
Tiadalah kesenangan
melainkan Engkau berikan kesenangan itu,
Tiadalah kecintaan
melainkan Engkau berikan keindahan cinta-Mu,
Tiadalah kerinduan
melainkan Engkau berikan nikmat rindu kepada-Mu

Wahai Allah, Maha Pencipta Yang Maha Pengasih
Jadikanlah diri ini menyerah diri kepada aturan-Mu
Jadikanlan diri ini redha dengan segala aturan ketentuan-Mu

Penuhkanlah
diri ini
fikiran ini
emosi ini
dengan rasa cinta dan rindu hanya kepada-Mu

Hasan al-Basri mengatakan,

'Kriteria para kekasih Allah adalah mereka yang mewariskan kehidupan yang baik dan merasakan kenikmatan hidup sebagai sarana untuk mengantarkan mereka selalu bermunajat kepada Sang Kekasih dan dikarenakan mereka telah menegukkan manisnya iman di dalam hati. Terlebih apabila telah tertanam dalam hatinya keinginan untuk selalu membasahi lisannya dengan mengingat (berzikir) dan berusaha membuka tirai makrifat (mengenal Allah) mereka pada tingkatan kepercayaan dan kebahagiaan yang total. Lalu Allah berkenan memperlihatkan keagungan-Nya dan memperdengarkan keindahan kalam-Nya serta menjawab munajat-munajat yang selalu didendangkan seorang hamba sepanjang hidupnya'

Rasa rindu yang mendalam kepada Allah merupakan buah dari rasa kemantapan rasa cinta dalam hati seorang hamba.

Ibnu Rajab berkata,

'Rasa rindu kepada Allah adalah darjat yang tinggi dan luhur yang tumbuh dari sebab kuatnya rasa cinta seorang kepada Allah. Rasulullah sendiri pernah berdoa meminta darjat yang luhur tersebut.

Baginda saw berdoa,

'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu redha setelah qadha', dinginnya kehidupan setelah kematian, kenikmatan memandang zat-Mu, dan kerinduan untuk bertemu dengan-Mu dengan tanpa kesusahan yang menyusahkan dan fitnah yang menyesatkan' (HR Thabrani)

Dalam sebuah hadis disebutkan bahawasanya Allah swt berfirman,

'Ketahuilah, tidaklah telah lama kerindu hamba-hamba-Ku yang berbakti untuk bertemu dengan-Ku. Padahal sesungguhnya Aku lebih merindukan mereka. Tidaklah muncul kerinduan orang-orang yang merindukan Aku kecuali sebab karunia rindu-Ku kepada mereka. Ketahuilah, siapa yang mencari-Ku, maka dia akan menemukan-Ku. Dan siapa yang mencari selain Aku, maka dia tidak akan menemukan-Ku. Adakah orang yang merasa telah menghadap-Ku, namun Aku tidak mahu menemuinya? Adakah orang yang merasa telah berdoa kepada-Ku, namun Aku tidak mengabulkannya? Dan adakah orang yang merasa telah meminta kepada-Ku, namun Aku tidak memberinya?' (Al-Junaid, al-mahabbah Lillah Subhanah, hlm 111)

Aku ingin tenggelam dalam lautan cinta dan rindu kepada-MU, wahai Penciptaku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...