Saturday 25 May 2019

CINTA ALLAH... bagaimana untuk memperolehi cinta-NYA ?

CINTA ALLAH... bagaimana untuk memperolehi cinta-NYA ?




1. Allah mencintai golongan muhsinin iaitu orang-orang yang membuat kebaikan.


2. Allah mencintai golongan muttaqin iaitu orang-orang yang bertaqwa


3. Allah mencintai golongan shabirin iaitu orang-orang yang sabar


4. Allah mencintai golongan mutawakkilin iaitu orang-orang yang bertawakkal


5. Allah mencintai golongan muqsithin iaitu orang-orang yang berlaku adil


6. Allah mencintai golongan tawwabin iaitu orang-orang yang bertaubat


7. Allah mencintai golongan muththohhirin iaitu orang-orang yang menjaga kebersihan

Wednesday 22 May 2019

Selamat Menyambut Nurul Al-Quran 17 Ramadan 1440H

Salam Nuzul Al-Quran 
17 Ramadan 1440H / 22 Mei 2019


Alhamdulillah Allah masih memanjangkan lagi usiaku hingga aku bertemu Ramadan kali ini. Mungkin Allah masih beri kesempatan untuk aku membuat amal kebaikan, dan menghapuskan dosa-dosa aku yang bertimbun.

Masih kekal keseorangan mengharungi kehidupan di dunia. Moga Allah kurniakan ketabahan kepada diriku. Moga Allah bukakan pintu-pintu rezeki buat aku dan anak-anak.

Alhamdulillah hari ini aku menjejakkan kaki di sebuah Pusat Tahfiz Anak-Anak Yatim. Impian aku untuk membuka Maahad Tahfiz belum terlaksana. Guruku membawa aku menziarah agar aku mendapat idea dan pandangan daripada mereka yang berada di dalam 'industri' tersebut. Pelbagai rencam dan masala yang aku dengar. Selama ini aku hanya beranggapan membangunkan sebuah Pusat Tahfiz semuanya tentulah lillahi taala dan tiada masalah-masalah yang berpunca dari hati. Tetapi, iyelah yang menguruskannya pun manusia bukannya malaikat. Banyak ujian duniawi.

Sungguh aku merasa 'kerinduan' untuk mencoret rasa cinta dan rindu kepada Penciptaku.
Sungguh aku merasa 'kerisauan' jika sekiranya Allah tidak memandang aku hambaNya yang hanya sikit ujian dan amalnya dibandingkan dengan hamba-hambaNya yang lebih hebat diuji dan lebih hebat amalnya.
Sungguh aku merasa 'kecemburuan' apabila melihat hamba-hambaNya yang dicintai mengadapNya seorang demi seorang di bulan Ramadan yang mulia dengan amal yang begitu banyak, sedekah, infak dan macam-macam amal kebaikan. Cemburunya aku.
Sungguh aku merasa 'kegundahan' apabila merasakan amal aku makin berkurangan. Zikir aku makin kurang.
Bagaimanakah pengakhir hidupku kelak?

Wahai Penciptaku,
Penuhkanlah hatiku dengan rasa cinta dan rindu kepada-MU
Matikukanlah aku di tempat dan bulan yang mulia dengan sebaik-baik kematian - HUSNUL KHATIMAH
Jadikanlah hidupku, anak-anakku, ahli keluargaku, ahli keluarga TG, ahli keluarga J ku, ahli keluarga staff ku dan seluruh kenalanku hanya untuk mencapai redha-MU - MARDHATILLAH

Wahai Penciptaku,
Aku ingin mencintai dan merinduiMU
Bantulah hamba-MU
Bantulah hamba-MU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...