Thursday, 23 January 2014
Bila rindu menyapa
Bila Rindu Menyapa
Bila rindu itu menyapa, terasa segar hati, terasa indahnya hari
hmm… ya…
tanpa rindu, terasa sunyi hari yang berlalu
seolah tiada erti
sepi tiada berisi
bahagianya bila rindu ada di sisi
pelukan rindu itu
membawa ketenangan
membawa kebahagiaan
tiada yang mengerti
apapun, tidak ku peduli
biar sahaja perindu dan rindu bersatu
indah kata-kata ini
"cinta adalah kegembiraan hati melihat keindahan sang kekasih.
cinta adalah sang pencinta menghilangkan sifat-sifat dirinya dan menempatkan kekasihnya pada dirinya"
ya… cinta…
bahagianya menyebut
Allah… Allah… Allah…
bahagianya terasa
Allah bersama
bahagianya terasa
Allah memerhati… menjaga kita…
bahagianya bersama-sama Allah…
mengingati Pencipta Yang Maha Pengasih Maha Lembut Maha Penyayang
Wahai Penciptaku
bahagianya bersama-sama-MU
berbicara dengan-MU
siang malam
adakah indahnya
apabila siang berlalu
tiada lagi kesibukan bersama makhluk-MU
apabila malam hadir tersenyum
bahagianya jika disibukkan untuk sujud dan rukuk pada-MU
zikir dan wirid mengingati-MU
ringanlah lisanku
ringanlah jasadku
ringanlah ingatanku
hanya mengingati-MU, menyebut nama-MU
Wahai Penciptaku
indahnya berbicara dengan-MU
bantu hamba-MU yang hina ini untuk mendekati-MU, bersama-MU, mengenali-MU
sungguh indah
indah syurga dunia bersama Pencipta, mengingati Pencipta kita
risaunya hati jika semakin hari semakin jarak hubungan dengan Maha Pencipta
ayuh sama-sama menempuh jalan menuju Pencipta kita
mudahkan lah ya Allah…
mudahkanlah… ameen...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Very nicely written. Tersentuh hati membacanya. Keep it up 👍👍
ReplyDelete