Monday, 16 December 2013

Kembali kepada pencipta-MU



Ku ulangi
ulangi
ulangi
membaca
memikir kata-kata
memikir diri

'Kedatangan bantuan-bantuan (Allah swp kepada seseorang hamba) adalah berdasarkan kepada persediaan (hamba itu dengan membersihkan batin dan melazimi wiridnya). Terbitnya cahaya-cahaya (ilmu dan makrifat dalam hati seseorang hamba) adalah berdasarkan kesucian dan kemurnian hati (hamba itu)'

indah kata-kata ini
aku termenung kembali
memikir keadaan diri
keadaan hati

adakah hatiku sesuci dan semurni itu
untuk sebuah cahaya makrifat menjengokku
malu pada tamuku sang ilmu
malu pada tamuku sang makrifat
andainya rumahku kotor berdebu
apa yang hendak ku jamu
andai tiada persediaan
menyambut tamu

ku baca lagi

'Ketahuilah bahawa Allah Taala telah menaruh cahaya-cahaya perkara ghaib dalam jenis-jenis amalan taat. Sesungguhnya sesiapa yang terluput daripadanya sesuatu jenis amalan taat, dan kekurangan sesuatu jenis muwafaqat, maka terluputlah daripadanya cahaya sekadar itu juga. Oleh itu, janganlah kamu mengabaikan sesuatu amalan taat. Janganlah kamu berpada dengan waridat daripada mengerjakan wirid. Janganlah kamu redha bagi diri sendiri dengan apa yang diredhai oleh orang yang mendakwa bahawa hakikat terpancar dari lidah mereka, sedangkan hati mereka kosong daripada hakikat tersebut'

terasa di awangan
indahnya kalam
teringat asuhan guruku
tangga wiridku makin menurun
tangga zikirku juga

jangan terus merenung kosong
bertindaklah wahai diri
segera kembali kepada pencipta-MU

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...