Monday 16 December 2013

Kembali kepada pencipta-MU



Ku ulangi
ulangi
ulangi
membaca
memikir kata-kata
memikir diri

'Kedatangan bantuan-bantuan (Allah swp kepada seseorang hamba) adalah berdasarkan kepada persediaan (hamba itu dengan membersihkan batin dan melazimi wiridnya). Terbitnya cahaya-cahaya (ilmu dan makrifat dalam hati seseorang hamba) adalah berdasarkan kesucian dan kemurnian hati (hamba itu)'

indah kata-kata ini
aku termenung kembali
memikir keadaan diri
keadaan hati

adakah hatiku sesuci dan semurni itu
untuk sebuah cahaya makrifat menjengokku
malu pada tamuku sang ilmu
malu pada tamuku sang makrifat
andainya rumahku kotor berdebu
apa yang hendak ku jamu
andai tiada persediaan
menyambut tamu

ku baca lagi

'Ketahuilah bahawa Allah Taala telah menaruh cahaya-cahaya perkara ghaib dalam jenis-jenis amalan taat. Sesungguhnya sesiapa yang terluput daripadanya sesuatu jenis amalan taat, dan kekurangan sesuatu jenis muwafaqat, maka terluputlah daripadanya cahaya sekadar itu juga. Oleh itu, janganlah kamu mengabaikan sesuatu amalan taat. Janganlah kamu berpada dengan waridat daripada mengerjakan wirid. Janganlah kamu redha bagi diri sendiri dengan apa yang diredhai oleh orang yang mendakwa bahawa hakikat terpancar dari lidah mereka, sedangkan hati mereka kosong daripada hakikat tersebut'

terasa di awangan
indahnya kalam
teringat asuhan guruku
tangga wiridku makin menurun
tangga zikirku juga

jangan terus merenung kosong
bertindaklah wahai diri
segera kembali kepada pencipta-MU

Tambahkan Rinduku Pada-MU



Bismillahir Rahmanir Rahim,

Wahai Penciptaku
Ku kembali merenung
Hari-hari yang berlalu
...1997...
1998...
1999...
2000...
...2004...
...2006...
hinggalah akhir...2012...
ku beranikan diri untuk berhijrah
setelah pelbagai mehnah ku redahi
keseorangan... hati pasrah

ya... perjalananku
bukanlah seindah hamparan permaidani merah
tiada siapa yang tahu
ada yang mengira
seolah aku tiada duka
Duhai Maha Pengasih
Engkau lebih mengetahui

kembali ku mengatur langkah
mengumpul kekuatan yang tersisa
ku kutip cebisan bahagia
satu persatu
biar ku gubah
menjadi bunga yang indah

ku sapa sang senyum
mengapa senyum tak jemu menghiasi wajah lara
menyolek agar tidak kelihatan sang duka
agar insan sekeliling tenang sentiasa

Duhai Penciptaku
Aku susuri jalan ini
mengikuti jejak-jejak tinggalan guru
ku sambut salam sajadah dan tasbih
sungguh ku rindu pada suatu waktu
rindu mimpi bertemu-MU
mengubah hidupku
berpindah ke suatu dunia
yang sangat indah tidak tergambar
hati merasa sesuatu
mata merenung langit, bagaikan rakan karib
air mata yang menitis tidak kusedari
menatap keindahan tidak terperi
yang belum pernah kumiliki
sungguh ENGKAU MAHA PENGASIH…

Di sebalik segala kekurangan diri
Di sebalik segala dosa yang membaluti
ENGKAU HADIR
memberikan bahagia
sungguh ENGKAU MAHA PENYAYANG
MAHA LEMBUT
MAHA PENGAMPUN

Wahai Penciptaku
Aku merindui-MU
Tambahkan rasa rindu pada-MU

Indahnya ATURAN MU, wahai Penciptaku

"Ya ALLAH, tarikan-MU terhadapku membuatku berharap kepada-MU
Sementara, hijabku dari-MU membuatku putus asa dari selain-MU
Maka, hapuskan hijabku hingga aku bisa sampai kepada-MU
Tariklah aku dengan tarikan yang membuatku tidak kembali kepada selain-MU"

Thursday 7 November 2013

'Engkau bersama orang yang engkau cintai'




'Engkau bersama orang yang engkau cintai'


Di dalam kitab Raudhatul Muhibbin - Taman Orang-Orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu tulisan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah terdapat banyak kisah para sahabat dan sahabiah yang memaparkan makna cinta yang sungguh luhur dan bersih.

Penulis ada mengungkapkan bahawa di dalam Shahihain, dari hadis Anas ibn Malik disebutkan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw tentang Hari Kiamat.

Beliau balik bertanya, 'Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?'

'Tidak ada sama sekali. Hanya saja aku mencintai Allah dan Rasul-Nya', jawab orang itu.

Beliau kemudian berkata, 'Engkau bersama orang yang engkau cintai'

Anas berkata, 'Tidak ada satupun yang membuat kami bergembira seperti kegembiraan kami di saat mendengar sabda Rasulullah saw : Engkau bersama orang yang engkau cintai'

Anas berkata, 'Aku mencintai Nabi Muhammad saw, Abu Bakar, dan Umar. Maka aku berharap aku bisa bersama mereka dengan cintaku ini, meski aku tidak bisa beramal seperti amal mereka'

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahih-nya, dari hadis Abu Hurairah, dia berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda,

'Allah berfirman pada hari kiamat : Manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Pada hari ini Aku melindungi mereka di bawah perlindungan-KU, hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-KU'

Juga disebutkan dari Umar ibn Khattab r.a., dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

'Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada sekelompok manusia, mereka bukan para nabi dan juga bukan para syuhada, namun mereka bersama para nabi dan syuhada pada hari kiamat dalam kedudukan mereka kerana kurnia Allah'

Para sahabat berkata,

'Wahai Rasulullah, mahukah engkau memberitahu kami siapa mereka itu?'

Beliau menjawab,

'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai dengan RUH ALLAH bukan kerana ikatan kekerabatan di antara mereka dan bukan juga kerana saling berbagi dengan harta mereka. Demi Allah, wajah mereka benar-benar berCAHAYA dan mereka di atas CAHAYA. Mereka tidak merasa takut sementara orang-orang lain merasa takut, mereka tidak bersedih sementara orang-orang lain merasa sedih'.

Setelah itu, beliau membaca ayat,

'Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada kekhuatirannya terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati' (Yunus : 62)

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Moga kita semua saling mencintai dengan RUH ALLAH kerana ALLAH.

Sibukkan dirimu dengan-NYA



Tazkirah buat diriku yang sentiasa lupa...

Wahai diri, ingatlah..


Ada dikalangan kita, bila diberi kesenangan, dia mudah lupa Allah. Ada juga manusia yang diberi kepayahan dia terus kufur kepada Allah.


Ada dikalangan kita bila diberi kepayahan, dia semakin kental dan semakin rapat dengan Allah. Ada juga manusia yang diberi kesenangan dia terus lupa kepada Allah.

Allah S.W.T mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Dia latih kita dengan kekadang, Dia beri kepayahan dan kekadang Dia beri kesenangan.

Kita berusaha bermati-matian untuk kesenangan dan berdoa terbaik untuk kita. Dia iaitu Allah, akan beri sesuatu terbaik untuk kita.

Selepas melalui kedua-dua keadaan, akan sampai saat kita melepasi satu maqam yang tinggi dan tinggi. Samada kepayahan atau kesenangan kita tetap sibuk bersamaNya.

Keadaan itu dilalui tanpa kita rasakan kerana kita terlalu sibuk denganNya.


بَسَطَكَ كَيْ لَا يُبْقِيْكَ مَعَ القَبْضِ، وَقَبَضَكَ كَيْ لاَ يَتْرُكُكَ مَعَ البَسْطِ، وَأَخْرَجَكَ عَنْهُمَا كَيْ لَا تَكُوْنَ لِشَيْءٍ دُوْنَهُ.

Allah melapangkan keadaan mu agar engkau tidak tetap dalam kesempitan. Dan Dia menyempitkan keadaan mu agar engkau tidak terus dalam kelapangan. 
Dia melepaskan kamu dari dua keadaan itu agar engkau BEBAS dari sesuatu selainNya

Ia mengingatkan kita pada hadis yang pernah kita sama-sama tekuni satu masa dulu:


عرض عليّ ربيّ أن يجعل لى بطحاء مكّة ذهبا فقلت: لا يا ربّ أشـبـع يوما و أجوع يوما

Tuhanku pernah menawariku untuk memberikan emas sebanyak daratan Mekkah, lalu aku menjawab: "Tidak wahai tuhanku Biarlah aku kenyang sehari dan lapar sehari" -Tirmizi

Terima kasih atas peringatan ini wahai Guru...

Wednesday 6 November 2013

Kita Sangka...




Kita Sangka...


Kita sangka kehadiran kita dialukan
rupanya ia melukakan

Kita sangka pertolongan kita diperlukan
rupanya ia menyusahkan

Kita sangka keceriaan kita membahagiakan
rupanya ia mendukakan

Kita sangka semuanya ok belaka
rupanya serba tidak kena

begitulah kehidupan
begitulah perjalanan
sakit terasa
pedihnya luka

antara dua dunia
bukan mudah memahaminya

Ia bukan suatu noktah
Tetap menongkah
walau arus garang mengganas
tetap melangkah
tidak mengalah

aku tetap di sini
tetap meneruskan perjalanan
tanpa peduli lagi
perjalananku masih jauh

pasrah dengan ketetapan
sedihnya ya Allah
sedihnya ya Allah
sedihnya ya Allah

air mata yang gugur
mengubat rasa
membina kekuatan
maju ke hadapan

teruskan perjalanan
wahai diri

"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)" (At-Taghabun : 11)

Tuesday 5 November 2013

Perjalanan Sebuah Cinta




Perjalanan Sebuah Cinta


Kata Maha Pencipta, "Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami".

Indah bukan. Ini janji Maha Pencipta kepada makhluk-Nya. Buat motivasi hati ini, agar tetap meneruskan perjalanan menuju CINTA ALLAH, walaupun keseorangan di alam ini, teruskan dan teruskan hingga menggapai CINTA ALLAH. Bersama-NYA sentiasa.

Dalam perjalanan menuju Pencipta, kita akan melalui alam-alam yang berlainan rasa.
Lihat sekeliling. Di sekeliling kita ada pelbagai manusia. Ciptaan Allah. Ada pelbagai lapisan jalinan hubungan. Hubungan fizikal. Hubungan hati.

Hubungan 1 - ikatan rakan taulan, kawan
Hubungan 2 - ikatan rakan kerja
Hubungan 3 - ikatan sahabat
Hubungan 4 - ikatan keluarga
Hubungan 5 - ikatan hati

Hubungan ikatan hati sangat unik yang membawa kita meneroka satu alam. Alam menuju Maha Pencipta. Alam Cinta. Alam yang tidak dapat dirasai oleh fizikal. Adakala perbualan topik alam hati ini sangat indah hingga menyebabkan kita lupa bahawa kita berpijak di alam fizikal, alam nampak.

Indahnya hamba Allah yang mempunyai hubungan ikatan hati. Meneroka satu alam yang indah. Mengenali Allah Yang Maha Lembut. Setiap ungkapan yang keluar mengandungi kata-kata hikmah yang menyentuh hati. Membimbing hamba-Nya menuju Cinta Suci.

Indahnya kata-kata Rabiatul Adawiyah ketika disoal tentang ibadah solatnya.

'Wahai Rabiah, apa yang engkau harapkan dari balasan ibadah solatmu?'

Tegas Rabiah menjawab,

'Aku tidak menginginkan balasan apa pun. Akan tetapi aku ingin membuat Rasulullah saw bahagia pada hari Kiamat nanti, iaitu ketika baginda mengatakan kepada para Nabi yang lain,
"Saksikanlah, ini adalah amalan yang telah dilakukan oleh seorang wanita dari umatku" '

Apabila seseorang hamba Allah dipilih Allah mencapai satu darjat yang sangat tinggi, iaitu sampai ke satu alam yang tidak lagi dibatasi oleh 3 dimensi, maka terjadilah perkara-perkara pelik yang sukar diterima dek akal normal. Seseorang yang diangkat oleh Allah untuk mengamalkan dimensi iman, islam dan ihsan, maka dia akan mencapai darjat yang sangat luar biasa.

Apabila membicarakan satu alam yang penuh rahsia, tentunya sangat berbeza dengan alam nyata yang kita hadapi dan lalui setiap hari. Roh yang menjelajah alam ghaib akan banyak menemui pelbagai perkara yang tidak mungkin dikemukakan dan dijelaskan dengan kata-kata.

Di dalam tubuh manusia itu sendiri mempunyai banyak sekali rahsia. Keadaan ini mungkin berlaku ke atas sesiapa sahaja yang Allah pilih dan kehendaki. Tubuh manusia dapat menjadi ringan sebagaimana ringannya udara, atau bahkan menjadi halus sebagaimana halusnya cahaya. Ada juga yang dapat menyaksikan roh para malaikat yang sedang mengelilingi bumi, kerana naluri kemanusiaannya yang sangat jauh dan bersih dari kecintaan terhadap kenikmatan dunia. Keadaan ini sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw, 'Apabila kalian menyembah Allah swt dengan benar, maka kalian akan dapat menjabat tangan para malaikat di tengah-tengah jalan di mana saja'

Ucapkanlah kepada dunia sebagaimana ungkapan Sahabat Ali bin Abi Talib r.a. :
'Wahai dunia, jauhilah aku. Jika engkau hendak menipuku, maka pergilah kepada selain aku'

Bagaimana kenikmatan dunia dapat menipu Rabiah, sedangkan beliau hidup di alam rahsia yang penuh dengan cahaya. Zuhud dan qanaah telah menjadi pilihan dalam hidupnya. Hatinya benar-benar telah bercahaya sehingga dapat menyaksikan pelbagai jenis rahsia alam.

Rindu.

Rindu.

Moga aku juga dapat ketemu Rabiatul Adawiyah, insan yang penuh di dadanya dengan CINTA ALLAH. Sungguh indah.





Monday 4 November 2013

Ya Allah Ya Rabbi




Ya Allah
(Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

indahnya nama-MU
indahnya nama-MU
indahnya nama-MU
Allah
terasa sungguh indah alam ini
Allah
aku ingin sentiasa bersama-MU
tiada yang lain
hanya bersama-MU

Pada-MU ku Bersujud






Pada-MU ke Bersujud

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya namaMu ya Allah
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
HambaMu yang selalu bertakwa
Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakanMu
Saat Kau limpahkan karuniaMu
Dalam sunyi aku bersujud
Padamu


ya
indahnya sebuah sujud
untuk-MU
hanya untuk-MU
aku rindu pada-MU

Nota Cinta




Nota Cinta...


Beberapa malam
terasa kerinduan begitu menggigit
aku rindu pada-Nya

Beberapa malam
terasa kesunyian begitu menyakitkan
semuanya rasa serba tak kena
aku rindu pada-Nya

Beberapa malam
terasa aku begitu menjauhi-Nya
leka menguruskan dunia
beratur amanah minta dipertanggungjawabkan
Ah! aku sungguh rindu pada-Nya

Beberapa malam
ku mula menghitung masa
banyak masaku untuk makhluk-Nya
sikit ku peruntukkan bersama Pencipta
Ahh!! aku rindu pada malam-malam yang berlalu
malam-malam bersama-Nya
seolah-olah kurasakan
malam-malam itu sudah tidak kupunya
sunyi menjengah
aku rindu pada-Nya

sungguh Allah itu sangat dekat
wujud Allah itu bagai cahaya yang menerangi

Nota Cinta
ku coretkan saban hari saban waktu
harapan buat pengubat rindu
peneman diriku di alam ini

"Alam ini serba gelap
ia menjadi terang hanyalah kerana manifestasi (zahir) Allah di dalamnya
siapa melihat alam, namun tidak menyaksikan Allah di dalam atau bersamanya,
sebelum atau sesudahnya
maka ia sangat memerlukan cahaya
dan suria makrifat terhalang baginya oleh awan-awan benda alam"

"Bagaimana hati dapat bersinar
sementara gambar-gambar duniawi tetap terlukis dalam cermin hati
bagaimana hati dapat berangkat menuju Ilahi
kalau masih terbelenggu syahwatnya
bagaimana mungkin menghadap ke hadirat Ilahi
apabila hati belum suci dari 'junub' kelalaiannya
bagaimana mungkin seorang hamba dapat memahami kedalaman berbagai rahsia
sementara ia belum bertaubat dari kesalahannya.."

Indahnya jika sepanjang masa
kita jatuh cinta
dengan-Nya
indahnya sebuah cinta
terasa robeknya hati
menahan rindu masa-masa yang berlalu untuk bersama-Nya

alangkah indahnya jika dapat bersunyian bersama-NYA
tiada siapa
tiada siapa
di alam ini
kecuali aku dan DIA

Ya Allah
tunjukkan aku menuju cahaya-MU
berikan aku dari bahagian kurnia-MU
lindungi kau dari segala musuh yang juga merupakan milik-MU
dan dari segala sesuatu yang melenakan aku dari-MU
Anugerahkan kepadaku lisan yang tidak pernah jemu berzikir mengingat-MU
kalbu yang mendengar kebenaran dari-MU
ruh yang dimuliakan dengan menatap kepada-MU
sirr yang dikurniai hakikat kedekatan dengan-MU
akal yang bodoh terhadap mulia keagungan-MU
indahkanlah apa yang tampak dan yang tersembunyi dariku lewat ketaatan kepada-MU
Wahai Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui, Wahai Yang Maha Perkasa, dan Yang Maha Bijaksana

Wahai Allah
kurniakanlah kepadaku
jiwa hati yang sentiasa mencintai dan merindui-MU
ameen ya Allah

Sunday 20 October 2013

Majikanku ALLAH




Majikanku ALLAH


Beruntunglah orang-orang yang bekerja kerana ALLAH
Setiap masa menghitung pahala
Di Pejabat
Di Rumah
Di Pasar
Di Bilik Mesyuarat
Di Dalam Perjalanan
Di Mana Sahaja
Bukan Sahaja Di Masjid-Masjid

Belanjawan Du'at yang bekerja
Fikirannya menerobos perancangan dakwahnya
Sahabat Seperjuangan SeFikrah
Semua perlu dibantu
kerana agama Allah

Biar urusan diri mereka tenang
Agar urusan dakwah mereka kencang
Semuanya akan terasa indah

Moga jalan yang kupilih ini
ialah jalan mendekatkan diri kepada-NYA
jalan orang-orang yang bertaqwa
jalan orang-orang yang berjihad pada-NYA
pagi dan petang
tak kira siang atau malam

'Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada ALLAH dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-NYA, dan berjihadlah pada jalan-NYA, supaya kamu mendapat keberuntungan'
(Al-Maidah : 35)

Dulu aku mencari-cari jalan mendekatkan diri kepada-NYA
Walau hidupku tidak seindah di mata
Tetapi tetap ku tidak tinggalkan urusan dakwah dan tarbiyah
Bahkan semuanya ku redah
Sentiasa ceria
dan aku hidup untuk membahagiakan hidup hamba-hamba-NYA
walau dengan air mata yang tumpah tidak tertadah
Sabar itu sangat indah
ya, sangat indah rupanya

Teringat doaku dahulu
tidak putus-putus ungkapan
mohon perhatian Yang Maha Pengasih
merasakan diri tiada apa-apa
hanya sedikit sahaja diuji
dibandingkan hamba-hamba-NYA yang disiksa, merana
di Palestin, Somalia, Chechya
dan di mana juga
terasa diri sangat kerdil, malu pada-NYA
dengan ujian yang sedikit sahaja
sudah tidak tahan
mohon bantuan
hmm...ya... itulah aku
insan kerdil hina di sisi-NYA

Tetapi
Yang Maha Pengasih tetap mendengar
Ya Rahman Ya Rahim
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih Maha Penyayang
tetap mendengar rintihan hamba-NYA
tetap mendengar esakan tangisan hamba-NYA

ditunjukkan jalan mendekatkan diri kepada-NYA
jalan yang penuh cahaya
alam indah penuh Nur
aku tidak ingin berpatah balik
ke alam yang gelap tanpa diri-NYA
tak ingin!
risaunya hati ini
andainya berjauhan dengan Maha Pencipta
andainya amalanku makin berkurang
maka jarakku makin jauh dari-NYA

Wahai Allah,
tunjukkanlah jalan
untuk segera menuju-MU

'Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, nescaya gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-NYA, nescaya bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Rabb lah mereka bertawakkal, (iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Rabbnya dan ampunan serta rezki (nikmat) yang mulia' (Al-Anfal : 2-4)

'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada orang mukmin yang lemah' (HR Muslim)

'Dan hamba-KU terus-menerus mendekatkan dirinya kepada-KU dengan hal-hal yang sunnah sehingga  AKU mencintainya' (Al Bukhari)

Ayuh! Segera kita menuju CINTA ALLAH!

Tuesday 15 October 2013

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu



Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu


Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah rindu pada bicaramu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah rindu pada tangismu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah rindu pada aduanmu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin engkau kembali bersama-NYA

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah mengabulkan doamu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin kau manfaatkan masa-masa-MU

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin kau kembali berzikir kepada-NYA

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah sangat cemburu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah mengembalikan temanmu kepada-NYA

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin engkau menumpukan masa pada perkara yang lebih penting

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin engkau bersama keluargamu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah sangat mengasihi hamba-NYA

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin kau merasai keindahan berbicara dengan-NYA

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin kau mengenali dengan temanmu yang lain

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin menjaga dirimu

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau bahawa Allah ingin membebaskanmu dari ikatan makhluknya

Di saat Allah menjauhkan teman bicaramu
Tahukah engkau...
Tahukah engkau...
Tahukah engkau...


"Tidaklah engkau mencintai sesuatu, melainkan engkau menjadi hambanya, dan Allah tidak suka apabila engkau menjadi hamba selain-NYA"

"Mereka yang ada di alam ini ada yang belum terbuka alam ghaib baginya, hingga mereka terkurung oleh kesenangan dunia (syahwat) yang ada di sekelilingnya, dan terpenjara dalam kerangka tubuhnya"


Wahai diri
biarlah diri mu kelihatan tidak penting pada makhluknya
biarlah diri mu tidak dikenali makhluknya
biarlah diri mu tidak dihargai makhluknya
asalkan diri mu menjadi perhatian Pencipta Segala Alam dan Makhluk

Wahai diri
tangisilah dirimu seandainya engkau semakin jauh daripada Khaliq
usah tangisi seandainya engkau semakin jauh daripada makhluk-NYA
kerna itu bermakna Khaliq ingin engkau kembali kepada-NYA

Fokus wahai diri, menuju Ilahi




Fokus!

Fokus wahai diri!

Menulis dari hati
Peringatan buat diri
Agar tidak menjauhi
Rabbul Izzati

Menulis dan terus menulis
Agar hati tetap menyusuri
Jalan ini

biar pelik
di mata makhluk
jangan putus asa
menuju ke sana
menuju cahaya


Mansur bin 'Amar berkata : 'Kebersihan hati dicapai dengan 4 latihan :
1. bercampur dengan aulia Allah,
2. mengaji al-Quran,
3. sembahyang di waktu malam,
4. mengeluarkan air mata pada masa sembahyang

Sheikh Junaid al-Baghdadi menegaskan, 'Apa yang aku dapat dalam bidang kerohanian adalah melalui 3 perkara :
1. menjauhkan dunia,
2. puasa,
3. berjaga sepanjang malam'
Beliau berkata lagi, 'kewalian itu ialah lari dari dunia menuju Allah dan sentiasa dalam ibadat, carilah kewalian itu dalam diri sendiri'


Termenung
Tafakkur
Sebuah perjalanan hidup
Sebuah kepahitan
Sebuah kebahagiaan

Termenung
Muhasabah diri

"Tidak ada yang lebih bermanfaat bagi qalbu sebagaimana uzlah, sebab dengan memasuki uzlah (perenungan) fikiran kita menjadi luas"

Adakah kita berada di dalam zon selesa?
Adakah kita sentiasa merasa lapang?
Adakah kita tergolong di dalam golongan yang arif?
kerana...

"Orang arif itu lebih khuatir saat berada dalam keadaan lapang, berbanding saat dalam keadaan sempit. Sebab, hanya sedikit manusia yang tetap bertahan dalam batas-batas kesopanan, ketika berada dalam keadaan lapang"


Indahnya tafakkur...

Sunday 13 October 2013

Nyanyian Sepi




Nyanyian Sepi - Opick



Langit bumi jadi saksi setiap detik yang berlalu
Hitam putih gelap terang di alam dunia
Semua wajah kan di uji dengan sesuatu yang di cintai
Harta benda dan segalanya semua kan binasa
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu
Tiada bisa manusia mengulur sang waktu
Bila tiba masa datang maut menjemputmu
Semua yang di mata semua yang cinta
Semua yang di bangga akan hilang akan sirna
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu
Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat
Maka dia tidak akan di balas melainkan sebanding dengan kejahatan itu
Dan barang siapa mengerjakan amal yang soleh baik laki-laki maupun perempuan
Sedang ia dalam keadaan beriman maka mereka akan masuk surga
Mereka di beri rizki di dalamnya tanpa hisab
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian
Tinggallah namamu tinggalkan cintamu
Tinggalkan segala yang di punya di atas dunia
Hanyalah dirimu hanyalah amalmu
Hanyalah sepimu menemani kesunyian di alam kuburmu

Bicara Sepi Sang Pencinta



Bicara Sepi Sang Pencinta


Awalnya ku kenali
Bahagia singgah di hati
mengenali diri yang sepi, indah peribadi
ku mula mengoreksi keindahan seri
ku mula memasuki alam sepi
saling berkenalan, saling menyapa

perkenalan itu mengikat suatu rasa
lalu mengikat untuk bersama
tanpa apa-apa
hanya percaya pada-NYA

terus mengorak langkah
kiri kanan penuh duri yang melukai diri

dulunya sering berbicara
dulunya sering bertukar rasa
berkongsi duka
peritnya perjalanan yang dirasa
usah ditanya
hingga kaki melangkah
meninggalkan istana yang dibina

jari mengais
mencari rezki di celah daun kehidupan
buat mengalas lapar diperjalanan

kini
semuanya sepi tanpa bicara
mungkinkah bahagia kembali menyinari
dunia si pencari

indah semuanya
doa menjadi nyata
walau pedih terasa
andai kerna itu bahagia tiba
apalah salahnya

itulah tanda sebuah cinta
mengharapkan bahagia padanya
daripada-NYA

hanya aku yang memahaminya
tiada siapa
kerna aku di sini
tetap di sini

rindu pada-NYA
rindu pada belaian kasih sayang-NYA
moga ini
lebih merapatkan lagi aku kepada-NYA
membawa diri kepada-NYA
hanya kepada-NYA

Bahagia menanti di sana
di sana
ada Cahaya

ayuh oraklah langkahmu
pedulikan yang lain
kerana ia hanya melewatkan perjalananmu
sudah lama di sini
bila lagi mahu melangkah ke sisi Yang DiCINTAI
ALLAH...

inilah masanya
kembali pada-NYA
uzlah diri tidak ke mana
tanpa uzlah hati kepada-NYA

Hanya hati yang suci bersih
mampu memahami menerima isyarat-isyarat alam ghaib
isyarat-isyarat tauhid
menampakkan pada mata hati
bekas-bekas tangan Allah di dalam alam maya
ciptaan-NYA, gubahan-NYA, lukisan-NYA, peraturan-NYA
alangkah indahnya

Wahai Pemilik Segala Cinta
bukakanlah tabir hijab-MU
agar mata hati hamba-MU dapat menyaksikan
keindahan kerajaan-MU
yang meliputi yang nyata dan juga yang ghaib
moga CINTA pada-MU memenuhi hati dan diri


Adakah kita mencintai-NYA dengan sebenar-benar CINTA?




Adakah kita mencintai-NYA dengan sebenar-benar CINTA?


Cinta itu membahagiakan
Cinta itu bisa melengkapkan sebuah kehidupan
Cinta itu juga bisa melukakan
Cinta juga bisa mengubati luka
Cinta bisa menyebabkan Sang Pencari Cinta menunggu setia
membilang bilah masa
mewirid nama Yang DiCintai
Andai cinta mengatur langkah pergi
Agaknya apa berlaku kepada Sang Pencari Cinta?

Apa itu CINTA?

Cinta ibarat pohon di dalam hati
akarnya tunduk patuh kepada kekasih yang dicintai
dahannya adalah pengetahuan tentang dirinya
rantingnya adalah rasa takut kepadanya
daun-daunnya adalah rasa malu kepadanya
buahnya adalah ketaatan kepadanya
dan air yang menghidupinya adalah menyebut namanya

Dalam sebuah Atsar Ilahiyah disebutkan : 'Wahai hamba-KU, hakmu atas diri-KU adalah mencintai, maka dengan hak-KU atas dirimu, jadilah engkau orang yang mencintai-KU'

Usah risau andai cinta makhluk berlaku pergi
tetapi yang patut engkau risau
ialah apabila cinta Allah menjauhi dirimu
adakah engkau tiada merasa apa-apa
jika terasa berjauhan dengan Yang DiCINTAI?
tiadakah rasa risau di hati?
tiadakah rasa rindu di hati?
tiadakah rasa sedih di hati?
tiadakah air mata yang menitis tatkala cinta suci berlalu pergi

Yahya ibn Mu'adz berkata : 'Cinta yang seberat biji sawi lebih aku cintai daripada beribadah selama 70 tahun tanpa rasa cinta'

Abu Bakar al-Katani berkata : 'Perdebatan tentang masalah cinta pernah terjadi di Mekah saat musim haji. Para syaikh (guru) banyak yang terlibat dalam perdebatan itu, sementara Junaid saat itu adalah orang yang paling muda di antara mereka. Mereka lalu berkata kepadanya : 'Wahai orang Irak, sampaikanlah pendapatmu!'

Junaid pun sentak menundukkan kepalanya, sementara air matanya mulai menitis membasahi pipinya. Kemudian dia berkata,

"Orang yang dilanda cinta adalah orang yang mengabaikan urusan dirinya, 
selalu menyebut nama Tuhan-NYA, 
menunaikan segala hak-NYA, 
memandang wajah-NYA dengan hati,
membakar hati dengan cahaya kehendak-NYA,
minumannya jernih kerana berasal dari bejana cinta-NYA,
jika dia bicara, dia bicara kerana ALLAH,
jika dia berkata, maka perkataannya dari ALLAH,
jika dia bergerak, maka atas perintah ALLAH,
jika dia diam, maka dia bersama ALLAH,
dia dengan ALLAH (billah),
milik ALLAH (lillah),
dan bersama ALLAH (ma'Allah)"

Orang-orang pun menangis begitu mendengar perkataan Junaid. Mereka berkata, 'Perkataan itu cukup dan tidak perlu ditambah. Semoga Allah memberimu kekuatan wahai Taj al-Arifin (Mahkota Orang-Orang Yang Berilmu)'

Allah Allah Allah Allah Allah....
indahnya, indahnya, indahnya bersama ALLAH...
Rindunya terasa
Rindunya saat-saat sendirian bersama Allah
Alangkah bahagianya...
Alangkah bahagianya...
Alangkah bahagianya...

ALLAH...
Wahai Allah...
Wahai Penciptaku...
Wahai Allah...
Wahai Yang DiRindu...
Wahai Allah...
Wahai Pemilik Segala Cinta...
Bantu aku untuk mendekati-MU dan sentiasa bersama-MU...
Buangkanlah segala yang lain dari dalam hatiku...
Penuhi diri ini dan hati ini dengan rasa CINTA dan RINDU kepada-MU YANG SATU

Rasulullah saw bersabda : 'Seseorang itu akan bersama dengan orang yang dicintainya'.
Moga kita semua BERSAMA ALLAH di dunia dan di akhirat.

Sunday 29 September 2013

KITA HANYA HAMBA-NYA




KITA HANYA HAMBA-NYA


Wahai Allah,
Bukan tidak ku kepingin untuk sentiasa bersama keluarga
Bukan tidak ku kepingin untuk bersenang
tetapi masa terlalu mencemburuiku
tanggungjawabku beban amanah yang kupikul ini
lelah terasa segala

Wahai Allah,
apabila ditenung wajah anak-anak yang sungguh polos suci
usia menginjak dewasa
terasa berdosa diri ini
betapa diri mereka agak terabai
dengan kesibukan kepenatan sang ibu
yang menongkah badai
memastikan bahtera menuju destinasi
dengan matlamat yang murni

Wahai Allah,
apakah bisa aku menjawab dihadapanmu
di atas segala kekuranganku
di atas segala tuntutan-tuntutan ke atasku nanti
siapakah yang akan membela diri ini
wahai ibu
wahai ayah
wahai anak
wahai sahabat
maafkanlah di atas segala kekurangan diri ini

Wahai Anak-Anak,
adakah engkau ingin menuntut apa-apa ke atas ibumu
adakah engkau ingin menuntut apa-apa ke atas ayahmu
di atas segala kekurangan mereka dalam mendidikmu
adakah bahagia dunia yang engkau cari
adakah bahagia akhirat yang engkau dapati
maafkanlah di atas segala kekurangan ibu ayahmu
maafkanlah mereka
doakanlah mereka

kita semua tidak sempurna
KITA HANYA HAMBA-NYA
yang berusaha untuk menjadi yang terbaik di sisi-Nya

Monday 9 September 2013

Degupan Cinta Denyutan Rindu






Degupan Cinta Denyutan Rindu


Terasa hati untuk mencoret rasa...
melakar warna kehidupan...
lihat...
dengar...
degupan cinta...
denyutan rindu...
Cinta dan Rindu pada Yang Satu

cinta yang menarik seorang hamba...
rela?
tanpa rela?
menuju ke suatu destinasi...

adakala 'rasa' yang hadir...
tanpa diundang...
mencetus suatu rasa indah...
hati membisik...
minda berfikir...
aturan 'pelik'?

walau jalan yang dilalui terasa perit...
tetapi rasa indah menarik hamba
dengan satu ikatan yang sangat sukar
untuk dipisahkan dan diputuskan
mengembara ke suatu alam
menuju sebuah hakikat

bibir..
hati..
minda..
basah berzikir...
jangan berhenti!
terus berzikir... berzikir mengingati-Nya...

moga aku dan dia dan mereka tergolong dalam golongan mufarridun...
Bila Rasulullah saw disoal, 'Siapa mufarridun tersebut?'
Rasulullah saw menjawab, 'Mereka adalah orang-orang yang gemar berzikir.
Zikir tersebut melenyapkan semua beban yang ada sehingga mereka
datang pada hari kiamat dalam keadaan ringan'

Menurut al-Qadhi Iyadh dalam kitab al-Masyariq dan Ibn al-Arabi, seseorang
disebut mufarrid jika ia faham, memisahkan diri dari orang ramai, lalu menyendiri
untuk menjaga perintah dan larangan Allah swt

Menurut al-Azhari, mereka adalah orang-orang yang menyendiri berzikir
pada Allah tanpa mencampur adukkan dengan selain-Nya

Ada yang berpendapat, mufarridun adalah golongan ahli tauhid yang hanya mengingat Allah.
Mereka mengikhlaskan ibadah hanya untuk Allah.

Ada juga yang berpendapat bahawa yang dimaksud dengan mufarridun adalah mereka
yang menghabiskan hidupnya dalam taat kepada Allah swt. Ertinya ia sentiasa taat walaupun
telah memasuki usia renta dan lemah.

Apapun ia, semuanya sangat indah jika hati kita sentiasa mengingati dan bersama-sama Allah swt.
Rindu kepada-Nya akan menyebabkan rasa sangat siksa dan pedih jika berjauhan... hati sentiasa memohon agar kita sentiasa berada di dalam kerinduan yang mendalam..

dalam pada itu, dunia akan tunduk melutut..
menyerah diri pada hamba-Nya..
jangan biarkan api cinta..
malap dengan kilauan dunia sementara..

Wahai Allah..
biar cinta terhadap-Mu terus bergelora..
biar cahaya zikir menyerap ke dalam setiap urat saraf..
hingga pada sir (nurani terdalam yang menjadi tempat cahaya penyaksian)
hingga hamba-Nya yang berzikir dan zikir lenyap tersembunyi
tenggelam di dalam lautan zikir mengingati Allah
apakah tandanya?
Tandanya, apabila hamba-Nya meninggalkan zikir tersebut, ia takkan meninggalkan ia
zikir tersebut tidak pernah padam dan cahayanya tak pernah redup

"Orang-orang yang beriman dan kalbu mereka tenteram dengan mengingat (zikir kepada) Allah"

Semua makhluk yang mendengar akan turut berzikir
engkau berzikir dengan lisanmu, lalu dengan kalbumu, kemudian dengan nafs mu, kemudian dengan roh mu, selanjutnya dengan akalmu, dan setelah itu dengan sir mu

bila berzikir dengan lisan
semua benda mati akan berzikir bersamamu
bila berzikir dengan kalbu
alam berserta isinya akan berzikir bersama kalbumu
bila berzikir dengan nafs mu
seluruh langit berserta isinya akan berzikir bersamamu
bila berzikir dengan rohmu
singgahsana Allah berserta seluruh isinya ikut berzikir bersamamu
bila berzikir dengan akalmu
para malaikat pembawa arasy dan roh orang-orang yang memiliki kedekatan dengan Allah juga ikut berzikir bersamamu
bila engkau berzikir dengan sir mu
arasy berserta seluruh isinya turut berzikir hingga zikir tersebut bersambung dengan zat-Nya

indahnya berzikir mengingati Allah...
tiada yang lebih dari itu...
lenyapkanlah aku dalam lautan zikir Mu
Wahai Rabb Sekalian alam..

Tuesday 3 September 2013

KAU yang merubah segalanya




KAU yang merubah Segalanya...



Dah beberapa hari,
Yang Maha Pengasih memberiku peluang untuk berehat
'berehatlah wahai hambaku'
walaupun Yang Maha Pengasih tahu bahawa
kerehatan sebenar buat seorang hambaNYA
ialah apabila kaki menjejak syurgaNYA

Sedikit nikmat kesihatan ditarik
memberi nikmat kerehatan

setiap satu yang berlaku
pasti ada sesuatu Pencipta kita mahu kita memikirkannya
rehatnya kita, bukan bererti pekerjaan yang kita biasa lakukan akan terbengkalai begitu sahaja
pasti ada yang akan melaksanakannya walaupun tanpa adanya kita
dalam pekerjaan...
dalam dakwah...

tidakkah ini akan membuat kita berfikir
ada atau tiadanya kita
dakwah akan tetap berjalan dan terlaksana
dakwah tidak rugi apa-apa tanpa adanya kita
kita yang rugi jika berehat terlalu lama
atau mencari-cari alasan untuk tidak bersama gerabak dakwah

Allah...
Allah yang mengatur segala-galanya
Allah yang bisa merubah diri kita semua
dari satu keadaan kepada satu keadaan yang lain
hingga adakala
perubahan yang Allah atur tersebut
dirasakan sungguh aneh dan unik
dan sungguh pelik
tapi ia tetap berlaku
hingga diri sukar mentafsir dan mentaksir

Allah lah
yang merubah segalanya


KAU yang MERUBAH SEGALANYA


KAU yang merubah segalanya
KAU sebenarnya yang memegang hati
Usah tangisi derita semalam
Kerna cinta bisa dibina semula

Apakah aku yang terburu-buru
cuba melupakan peristiwa lalu
atau mungkinkah ku terpesona pada
keindahan sebuah kejujuran

Tercipta satu ikatan
yang terbina dari
kejujuran dan keikhlasan
Oh Tuhan KAU restukanlah
ikatan indah yang KAU aturkan
kekal abadi

Masih jauh perjalanan kita
Pasti ada yang beronak duri
Namun tiada yang merubah rasa
kerna itulah sunnatullah perjuangan

Friday 16 August 2013

Cinta Butiran Pasir



CINTA BUTIRAN PASIR




Pagi ini, satu persatu ku selak kalam tulisan semalam
meneliti bait-bait yang tersusun
dari hati

Merenung semula ingatan daripada Al Fudhail Ibnu 'Iyadh,

'Sesungguhnya Allah telah berfirman :

Adalah DUSTA orang yang mendakwa CINTA kepada-KU tetapi dia tidur daripada-KU,
bukankah setiap orang yang sedang dilamun cinta sangat suka kalau sentiasa berKHALWAT (bersunyi-sunyi) dengan kekasihnya?
Inilah AKU yang sentiasa MEMERHATIKAN KEKASIH-KEKASIH-KU,
sungguh mereka jelmakan AKU dalam PANDANGAN mereka,
berdialog dengan-KU seolah-olah mereka MENYAKSIKAN AKU,
bercakap dengan-KU seolah-olah AKU HADIR di hadapan mereka.
Esok akan AKU senangkan hati kami di dalam syurga-syurga-KU.
Perasaan ini sentiasa tersemat kukuh di hati mereka sehingga TIDAK ADA DI DALAM HATI MEREKA KECUALI AKU.
Oleh itu tidak ada yang muncul dari anggota mereka melainkan selaras dan sesuai dengan apa yang ada di dalam hati mereka.


Indah bukan kata-kata ini?
Adakah anda terasa keindahannya
Atau biasa-biasa sahaja
Indah bukan jika diri kita terasa dalam perhatian dan diperhatikan Maha Pencipta kita

Hmm...

Dahulu, seringkali aku mencoretkan bicara buat Maha Pencipta
Semuanya ku ceritakan
Dari sekecil-kecil bicara
Hingga ke besar-besar perkara
Biar remeh, semuanya kuluahkan
Bagai DIA dihadapanku
mendengar segala bicara, segala cerita, segala rintihan

Hari ini, ku coretkan buat ke sekian kalinya
........
........
........

Terasa kesedihan mula menapak di hati ini
Terasa sendu mula menggigit
Wahai Allah
Air jernih yang mengalir terasa murah
Indah jika dapat bersunyian dengan-MU
Indah jika dapat berbicara dengan-MU
Jangan biarkan masa-masa indah berlalu

apa khabar zikirku
apa khabar wiridku
apa khabar tadarrusku
apa khabar hafazanku
apa khabar tadabburku
apa khabar mathurat kubramu

ke mana tasbihmu?
adakah masih di hujung jari
atau tersimpan di almari

Apakah nilai sebuah CINTA
adakah seperti ukiran cinta di butiran pepasir

Wahai Guru yang mendidikku
mengenal Penciptaku
moga Allah merahmati Guru sekeluarga

Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...

Moga Allah mengampuni segala kelemahan diri
Moga Allah mengampuni segala kesalahan diri
Moga Allah mengampuni segala kelalaian diri
Moga pendakian tidak terhenti di sini

Sebuah jalan yang panjang tiada penghujung

Wahai Pencari Cinta
Wahai Perindu Ilahi
Merendahlah di hadapan Allah!
Tumpahkanlah segala keperluan kalian kepada-NYA!
Lupakan amal kalian!
Tutuplah pintu makhluk!
Bukalah pintu hubungan dengan Allah!
Sedarilah dosa kalian
Segeralah mohon ampunan-NYA atas segala kesalahan
Percayalah bahawa tiada yang dapat menimpakan mudarat dan manfaat,
juga tidak ada yang dapat memberi dan menahan,
kecuali DIA!

Pesanan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani,

"Kalian harus ikhlas dalam beramal.
Palingkanlah pandangan terhadap amal yang telah kalian lakukan.
Jangan pernah mengharap ganti dari pemberian kalian itu.
Beramallah kerana Allah.
Jadilah orang yang mengharap redha-NYA"

Niat merupakan penunjuk rasa ikhlas

"Ketika kalian berbicara, berbicaralah dengan niat yang tulus.
Jika kalian diam, diamlah dengan niat yang tulus pula.
Kerananya, setiap amal yang tidak diawali niat, amalnya akan sia-sia"

Apakah ciri-ciri ikhlas?

"Di antara tanda ikhlas, kalian tidak terpengaruh dengan pujian dan cacian orang lain"

Ikhlas juga tidak disertai dengan rasa sombong.

"Sedikitpun kalian jangan sombong terhadap amal, kerana kesombongan itu dapat menghapus dan melenyapkan pahala amal kalian itu"

Mengapa ya? Hmm... seandainya tidak ada pertolongan-NYA, kita pasti tidak akan pernah mampu BERSABAR, MELAKSANAKAN SOLAT dan BERPUASA...

Allah... Allah... Allah...
Moga Allah bantu hamba-NYA yang lemah ini

Saturday 27 July 2013

Ku Titip Rasa Cinta dan Rindu




Ku Titip Rasa Cinta dan Rindu



Ku Titip Rasa Cinta dan Rindu
Buat Penciptaku

Wahai Sumber Cahaya
Wahai Penciptaku
Setiap kali aku bisu kerana celaku
kemurahan-Mu lah yang membuatku kembali bisa berbicara
Setiap kali aku putus asa kerana perangaiku
kurnia-Mu lah yang membuatku kembali bisa berharap

Wahai Yang Maha Lembut
Kesibukanku pada dunia membuatku jauh dari-Mu
Kerana itu, wahai Penciptaku
Kumpulkan aku dengan-Mu lewat pengabdian yang bisa mengantarku pada-Mu

Wahai zat yang mencicipkan manisnya cinta kepada para kekasih-Nya sehingga mereka duduk bersimpuh mesra dihadapan-Nya
Wahai zat yang memakaikan baju keagungan kepada para wali-Nya sehingga mereka merasa bangga dengan kemuliaan-Nya

Wahai Penciptaku
Engkaulah yang ingat sebelum mereka ingat
Engkaulah yang mulai berbuat baik sebelum mereka mengabdi
Engkaulah yang dermawan sebelum mereka meminta
Engkaulah yang Maha Memberi kepada kami
Dan setelah memberi, Engkaupun memberi pinjaman

Maka Wahai Yang DiRindu
Panggillah aku dengan kasih-Mu agar bisa sampai kepada-Mu
Tariklah aku dengan kurnia-Mu agar bisa mendatangi-Mu

Ya Allah, kasihanilah kami
Sayangilah kami
Tariklah kami kepada-Mu sebagaimana orang-orang mulia ditarik kepada-Mu
Luruskan kami apabila keliru
Bantulah kami apabila istiqamah
Renggut tangan kami apabila tergelincir
Dan tolong kami di mana sahaja kami berada

Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah
Ya Allah perkenankanlah

Aku ingin selalu bersama-sama-MU

Thursday 25 July 2013

Ketika Cinta Memanggil



Ketika Cinta Memanggil







Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu
Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya
Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil
Rindu…rindu…rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu
Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil







Friday 12 July 2013

Besarnya Cinta Allah kepada hamba-Nya




Besarnya Cinta Allah kepada hamba-Nya



Indahnya alam ciptaan Allah
Indahnya makhluk ciptaan Allah
Semuanya dijadikan Allah dalam sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik bentuk
Adakala kita terleka menikmati keindahan kejadian
Adakala kita terleka menghayati keindahan ciptaan
Ciptaan makhluk dengan sifat-sifatnya yang unik
Indah ya

Wahai Allah
Kumohon ampun di atas kelekaanku
Kumohon ampun di atas kealpaanku
Kumohon ampun di atas kenakalanku
Kumohon ampun di atas kelemahan diriku
Bersihkanlah hatiku
Bersihkanlah hatiku
Bersihkanlah hatiku
Penuhilah dengan nur-MU

Wahai Allah
Moga dengan besarnya cinta-MU kepada hamba-hamba-MU
Memadamkan dosa-dosa hamba-MU

'Dialah Yang telah menciptakanku maka Dia yang menunjuki diriku
Dialah Yang memberi makan dan minum kepadaku
Apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkanku
Dia pula yang akan mematikanku dan kemudian menghidupkanku (kembali)
Dialah yang aku ingin Dia mengampuni kesalahanku pada hari kiamat'

Ibrahim berdoa :
'Ya Allah, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang yang soleh. Jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) kemudian.
Jadikanlah aku termasuk orang yang mewarisi syurga yang penuh kenikmatan
serta ampunilah bapaku, kerana sesungguhnya ia termasuk golongan yang sesat
Janganlah Kauhinakan aku pada hari ketika mereka dibangkitkan
Pada hari ketika harta dan anak-anak tidak berguna, kecuali, yang menghadap Allah dengan hati yang bersih
Di hari itu, didekatkanlah syurga kepada orang-orang yang bertaqwa dan diperlihatkan dengan jelas neraka jahim kepada orang-orang yang sesat'






Wednesday 10 July 2013

Suara Hati... Sendiri




Suara Hati... Sendiri


Kenapa diatur begini
Kenapa dipertemukan
Kenapa melalui semua ini
Kenapa, kenapa, kenapa

Ia selalu menerjah
memenuhi minda
dengan satu ingatan
setiap ketika

adakala semua ini
mengganggu fokus perjalanan
ya, fokus itu
membawa diri ke satu alam
alam yang aneh
alam yang pelik

hmm... ingin melangkah keluar dari alam itu
keluar memerhati sekeliling
agar sedar diri berada di alam realiti
bukan fantasi

hmm... ingin tetap berada di alam itu
alam yang dulu, alam yang kini
cuma di alam ini
tidak bersendirian lagi

hmm... mengapa ya semua ini berlaku
aturan ini
aturan yang pelik ini
moga tidak disia-siakan
kerana diri ini
terasa bingung memikirkan
aturan Maha Pencipta

moga aturan ini
tidak membuatku leka
tidak membuatku terpesona
tidak membuatku menjauhkan diri dari Maha Pengatur Yang Maha Bijaksana

Wahai Allah
jangan biarkan hamba-MU ini sendiri
bingung begini
tanpa petunjuk-MU
tanpa kasih sayang-MU
tanpa aturan-MU
aku tidak tahu mahu ke mana

Wahai Sahabat
dengarlah rintihan diri
adakala bingung berada di alam ini
maafkanlah segala

Tuesday 9 July 2013

Warkah Cinta Buat Penciptaku



Warkah Cinta buat Penciptaku



Wahai Allah,
terima kasih ya Allah kerana pertemukan aku dengan Ramadhan 10/7/2013 ini
indahnya mengingati saat-saat bersama Ramadhan pada tahun-tahun yang berlalu
tentunya Ramadhan masih mengingati saat-saat indah itu
kini kita bersua lagi
dalam suasana yang agak berbeza
ya, banyak sekali yang aku nak bicarakan dengan Ramadhan kali ini
moga Ramadhan tidak jemu mendengar bicara sang hamba
yang tiada apa-apa ini

Wahai Allah,
rasa indah sungguh indah malam ini dapat berbicara dengan-Mu
rasa terubat sedikit rindu ini
menangis lagi
sudah lama ingin mengadu hal diri ini
yang terasa sunyi
sangat sunyi
tiada apa yang indah
selain keindahan bersama-MU Wahai Allah

Wahai Allah,
hamba-Mu ini ingin sentiasa mencintai-MU dan merindui-MU
hamba-MU ini ingin agar jiwa, hati, minda dan perasaannya dipenuhi dengan rasa rindu dan cinta terhadap Maha Pencipta
hamba-MU ini ingin sentiasa merasa keindahan berdamping dan bersama dengan-MU
hamba-MU ini ingin agar setiap hela nafas adalah untuk mengingati dan mencintai-MU

Wahai Allah,
biarlah air mata ini terus mengalir
terus menitis
biarlah air mata ini menjadi saksi
bahawa hamba-MU yang hina ingin sekali kembali kepada-MU
menuju-MU, berdamping dengan-MU, berbual dengan-MU
rasa sungguh siksa berjauhan dengan-MU wahai Allah
Bantu hamba-MU ini wahai Allah

Wahai sahabatku Ramadhan,
berdoalah pada Pencipta-MU
berdoalah buat sahabatmu ini
katakanlah kepada Pencipta-MU
sahabatmu ini sentiasa merindui dan mencintai Pencipta kita
setiap masa setiap ketika
waktu celik waktu pejam mata
rindu bertemu di alam sana

Wahai sahabatku Ramadhan,
bantulah aku untuk mendekati Pencipta kita
bantulah aku untuk sujud dan rukuk kepada Pencipta kita

Wahai Allah,
malunya mengadap-MU
tetapi, aku ingin selalu berdamping dengan-MU
rasa indah bila bersama-MU
walau masa sibuk sentiasa menjengahku
moga masa-masa sibuk yang menjengah itu hanya kerna mengharapkan cinta dan redha-MU

sungguh keindahan cinta seorang hamba kepada Tuhannya
melebihi keindahan yang sekadar dirasakan oleh indra

Allah, Allah, Allah
indahnya nama-MU

Monday 17 June 2013

Hidup Satu Pengembaraan Menuju Ilahi



Hidup Satu Pengembaraan Menuju Ilahi



Hidup ini satu pengembaraan
pengembaraan sang hati menuju Ilahi
menuju Yang DiRindu

Ia suatu perjalanan yang jauh
sukar
Ia suatu pendakian yang tinggi
gusar

hakikatnya kerinduan pada Pencipta
menjadi satu energi yang menolak
sang pengembara untuk meneruskan pengembaraan


Bicara Yang diRindu yang indah, "Barangsiapa yang mengharap pertemuan dengan Allah, maka sesungguhnya waktu (yang dijanjikan Allah itu) pasti datang" (Al-Ankabut : 5)

Dalam kata lain sesungguhnya Yang DiRindu seolah-olah berkata, Aku tahu bahawa siapa yang mengharap perjumpaan dengan-Ku, bererti dia rindu kepada-Ku. Aku telah mempercepat waktu baginya sehingga terasa dekat, dan waktu itu pasti akan datang.

Kekasih-Nya, Nabi saw bersabda dalam do a, "Aku memohon kepada-Mu kelazatan memandang wajah-Mu dan kerinduan berjumpa dengan-Mu"

Wahai Sang Pengembara, tanamkanlah rasa cinta dan rasa rindu kepada Pencipta-Mu.

Pengarang Manazilus-Sa'irin berkata, "Rindu adalah perjalanan hati kepada kekasih yang berjauhan. Menurut golongan ini, alasan kerinduan itu amat besar. Kerinduan muncul terhadap kekasih yang jauh. Kerinduan berdasarkan kepada kesaksian. Kerana itu Al-Quran tidak dibaca dengan namanya"

Wednesday 12 June 2013

Cahaya Cinta Ilahi



Cahaya Cinta Ilahi


Allah tidak pernah menolak hambaNYA
hati hambaNYA yang menolak untuk mendekati Allah

di kala cahaya-NYA menjengok
hati berlalu sipu
meninggalkan cahaya termangu

di kala cahaya-NYA menjengah
hati sibuk hal dunia
meninggalkan cahaya menunggu setia

di kala cahaya-NYA senyum menyapa
hati memaling sahaja
meninggalkan cahaya membilang masa

Cahaya Cinta Ilahi
menjengah lagi
mengharapkan huluran kasih hamba-NYA
yang leka alpa
agar kembali kepada-NYA

Cahaya Cinta Ilahi
enggan berlalu pergi
kasihkan hamba yang berjiwa sepi

Cahaya Cinta Ilahi
menyapa lagi
wahai hamba-KU
ayuh kembali
kembali ke jalan ILAHI

Cahaya Cinta Ilahi
menerangi hati
menerangi diri



INDAH CAHAYA CINTA ILAHI



Syeikh Ibn 'Atha'illah menyatakan, "Cahaya yang tersimpan dalam hati, datang dari cahaya yang berasal dari khazanah keghaiban".

Cahaya yang selalu menerangi hati hamba itu sesungguhnya berasal dari cahaya sifat-Nya.

Syeikh Ibn Atha'illah meneruskan lagi, "Ada cahaya yang menyingkapkan tirai ciptaan-Nya untukmu, dan ada pula cahaya yang menyingkapkan tirai sifat-sifat Allah bagimu"

Dengan cahaya ciptaan-Nya (matahari), Allah Taala menyinari alam, di mana hamba-Nya boleh menyaksikan seluruh ciptaan-Nya melalui perantaraan cahaya matahari tersebut. Dan dengan cahaya Ilahiyah, hamba-Nya mampu untuk menyaksikan ALLAH melalui benda-benda ciptaan-Nya.

Adakala hamba-Nya terhenti di suatu perjalanan. Sebagaimana kata Syeikh Ibn Atha'illah, "Boleh jadi hati terhenti pada cahaya-cahaya, sebagaimana terhijabnya nafsu oleh gelapnya bayang-bayang ciptaan (makhluk)"

Hijab yang menghalangi hati manusia untuk berjalan menuju Allah adakalanya bersumber dari nurani, dan ada pula bersumber dari kegelapan. Hijab dari nurani berupa ilmu dan makrifat, yang tidak dijadikan sebagai alat menuju-Nya, melainkan menjadi tujuan. Dan hijab yang bersumber dari kegelapan berupa nafsu syahwat.

Syeikh Ibn Atha'illah mengingatkan, "Allah menutupi cahaya rahsia batin manusia dengan tebalnya perbuatan lahiriah yang nampak, untuk memuliakan cahaya itu agar tidak bebas dipandang dan lisan tidak bebas menyebut kemasyhurannya".

ALLAH Taala menutupi cahaya yang DIA berikan bagi para wali-NYA untuk tujuan melindungi diri para wali dan orang-orang di sekitarnya. Sebab, cahaya itu dapat membawa kesan yang menakjubkan bagi keduanya apabila tersingkap ke masyarakat umum (awam).


Kembalilah kepada Pemilik Segala Cinta




Kembalilah kepada Pemilik Segala Cinta


Wahai diri,
ingat tak lagi keindahan yang pernah singgah di hati
ingat tak lagi waktu-waktu indah bersama Ilahi
ingat tak lagi gurau manja bicara duka
semuanya dilayani mesra
siapa tahu ya...

Wahai diri,
hijrah ini bukan mencari kesenangan diri
hijrah ini bukan untuk kepentingan sendiri
hijrah ini bukan untuk duniawi
hijrah ini ada matlamat tersendiri
siapa tahu ya...

Wahai diri,
siapa tahu bicara hati
siapa tahu sang diri mengoreksi diri
siapa tahu di sebalik senyum tawa hati menangis hiba
siapa tahu ya...

Wahai Penciptaku Yang Maha Pengasih,
benar, hati ini terasa jauh dari-MU
benar, diri ini terasa sangat sunyi berjauhan dengan-MU
benar, tiada apa yang indah selain dari keindahan bersama-MU
di kala hati menyanyi duka
siapa tahu ya...

Wahai Penciptaku Yang Maha Pengampun,
Wahai Penciptaku Yang Maha Pengasih,
Wahai Penciptaku Yang Maha Lembut
Aku ingin mendekati-MU
Aku tidak ingin berjauhan dari-MU
Bantulah hamba-MU ini
Peganglah hamba-MU ini
Ikatlah hamba-MU ini
agar selalu bersama-sama-MU
agar selalu mengingati-MU
agar selalu berbicara dengan-MU
agar selalu merayu dengan-MU
agar selalu bermanja dengan-MU
tiada yang lebih indah selain bersama-MU, wahai Yang Maha Pengasih...

Ya, cinta yang begitu mendalam kepada-MU
hanya diberi kepada hamba-hamba-MU yang terpilih
alangkah bahagianya mereka
mereka yang selalu muraqabah, mengagungkan, serta memuliakan-MU

Ya, mereka yang mencintai-MU
seluruh anggota mereka mentaati-MU
tangan, mata, telinga, kaki, lisan, hati... semuanya... ah! beruntungnya mereka...
telinga orang yang mencintai Allah mampu mendengar rintihan setiap makhluk di alam ini kepada Allah...
hati yang mencintai Allah, sentiasa berzikir kepada Allah,
laksana seorang kekasih yang harus selalu ingat kepada yang dikasihi
bahkan sesaat, dia takkan mampu untuk melupakan kekasihnya,
bahkan kerinduannya selalu bergelora
indah bukan
sungguh indah

Ya, mereka yang mencintai-MU
menyaksikan segala sesuatu di muka bumi bertasbih bertahmid memuji-MU
bahkan denyutan jantungnya diiringi zikir dan tasbih kepada-MU
hati selalu dipenuhi dengan segumpal kerinduan yang mendalam
alangkah indahnya

"Ya Allah, 
aku berlindung kepada-MU 
dari segala perkara 
yang menyibukkan aku dari menyembah-MU. 
Dan aku berlindung 
dari segala penghalang 
yang dapat merenggangkan hubunganku dengan-MU"

Ameen ya Allah...
Ameen ya Allah...
Ameen ya Allah...


Tuesday 11 June 2013

Masa bisakah hadirkan cinta?



Masa bisakah hadirkan cinta?


Masa senyum berlalu
memandang makhluk
terkapai-kapai mengisi ruang masa
terkapai-kapai mencari masa
ada yang merenung
ada yang termenung
ada yang membilang hari
ada yang merancang
ada yang mengharapkan agar masa segera berlalu pergi
ada yang mengharapkan agar masa terhenti?
ada yang cuba menahan masa
ada yang cuba mengejar masa
macam-macam ya

aku kembali merenung
satu persatu lembaran minda ku buka

pagi menjemput petang
petang menjengah malam
malam beransur pagi

lembaran minda masih di hadapan ku
masih di situ... di situ

masa yang berlalu sewaktu dulu
hadir menjengokku
rindu padaku mungkin
hadirnya bersama sendu semalam
hadirnya bersama luka semalam

ku kembali merenung
tekun mendengar bicara masa
aku akur, aku akui

ya.. masa bisa mengubati luka
ya.. masa bisa mengubah karakter
ya.. masa bisa merubah segala

Wahai Masa
Bisa kah menghadirkan cinta?
indahnya alam ini
jika masa menabur cinta
CINTA ILAHI yang ABADI
indahnya
indahnya
indahnya

ku terus membilang hari
mengira nafas yang berbaki
mengharapkan sebuah pertemuan yang dijanji
buat hamba-hamba-NYA
yang dikasihi

ku tilik diri
air mata gugur tanpa malu lagi

Ya Allah, izinkanlah hamba-hamba-MU ini kesempatan untuk mengucapkan...
"Ya Tuhan kami, Engkau adalah kedamaian dan dari-MU kedamaian itu, Engkau patut diagungkan dan dimuliakan"

Wahai Maha Pengasih, izinkanlah hamba-hamba-MU ini kesempatan untuk mendengar...
"Semoga keselamatan atas kalian dari-KU, rahmat-KU dan kemuliaan-KU. Selamat datang wahai hamba-hamba-KU yang taat kepada-KU dan menjaga wasiat-KU"

Wahai Maha Pencinta, izinkanlah hamba-hamba-MU ini kesempatan untuk menjawab...
"Demi keagungan-MU, kami tidak bisa mengagungkan-MU sepenuhnya, dan kami belum mampu menunaikan hak-hak-MU. Izinkan kami untuk bersujud kepada-MU"

Wahai Maha Pengampun, izinkanlah hamba-hamba-MU ini kesempatan untuk mendengar...
"Sekarang AKU telah mengangkat beban ibadah dari kalian dan sekarang kalian tengah berbondong2 menuju kurnia-KU"

Wahai Allah, jangan biarkan hamba-hamba-MU ini meninggalkan-MU...
Jika ia berlaku, maka kami menzalimi diri kami sendiri...

Wahai Penciptaku, jika dengan menulis ini menambahkan cinta hamba-MU kepada-MU,
menambahkan cinta-MU kepada hamba-MU ini...
izinkanlah hamba-MU ini untuk terus menulis, menabur harapan, melakar impian
untuk sentiasa merasa bersama cinta ILAHI

Saturday 1 June 2013

Aturan Allah itu sungguh indah...



Aturan Allah itu sungguh indah


Aturan Allah itu sungguh indah
Dari sebutan tanpa kenalan
Hari-hari berlalu tak sempat dihitung
Akhirnya sebutan menjadi kenyataan

Hari ini 2 Jun 2013
Merenung kembali hari-hari yang berlalu itu
Hmm... Ya, terasa indahnya segala aturan Allah
Wahai Hati, dengarlah
Wahai Hati, dengarlah
Sungguh Allah Maha Pengasih
Maha Pengatur

Semalam 1 Jun 2013
Menjadi saksi sebuah kepastian
Perpindahan... Penghijrahan...
Dicatat
Satu langkah keluar
dari satu dunia ke satu dunia
memulakan satu perjalanan baru

1 Mei 2013
Huluran ukhuwah kasih sayang
agar sama-sama melalui perjalanan yang jauh
suatu perjalanan yang diatur oleh Allah
menuju-NYA

1 April 2013
Harga sebuah perjalanan yang perlu dibayar
Tiada apa-apa
jika itu harga yang Allah kehendaki untuk menuju-NYA

2 Februari 2013
Kesibukan yang menjengah
Menjanjikan satu perubahan
Mengatur sebuah pertemuan hati yang sangat indah
bagaikan hati-hati yang telah lama terpisah
mengungkapkan seribu rahsia
berkongsi seribu rasa

1 Januari 2013
Terus mengatur langkah tanpa menoleh
Suatu hijrah
Hijrah yang besar
Menggetar jiwa
Bersama keluarga
dari satu dunia ke satu dunia
dunia yang begitu asing
tanpa apa-apa
hanya pasrah kepada Allah

Ini yang Maha Pencipta kehendaki
Ini yang Allah kehendaki
Jika ini yang Maha Pengasih kehendaki
Tentu IA tidak akan mensia-siakan hambaNYA ini
YA ALLAH
Jika ini yang ENGKAU kehendaki hambaMU ini lakukan
Demi CINTA-MU, demi RINDU-MU
Jangan biarkan hamba-MU ini meninggalkan-MU
Jangan tinggalkan hamba-MU ini
Sungguh diri ini tiada apa-apa tanpa-MU

Dekatkanlah hati hamba-MU ini dengan-MU
Dekatkanlah...

Wahai Allah
Terima kasih di atas kasih sayang-MU yang melimpah ruah
Wahai Allah
Terima kasih di atas 'hadiah-MU' yang membawa kegembiraan
Wahai Allah
Terima kasih di atas segala kurnia-MU kepada hamba-MU ini
Wahai Allah
Jadikanlah hamba-MU ini hamba yang bersyukur di atas segala ni'mat dan kurniaan-MU

Wahai Allah
Aku ingin sentiasa mengingati-MU, mencintai-MU dan merindui-MU
Penuhilah hati dan diri ini dengan CAHAYA CINTA dan RINDU-MU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...