Sunday, 11 September 2016

Aidil Adha lambang cinta dan pengorbanan



Aidil Adha lambang CINTA dan PENGORBANAN


12.09.2016


Sayup kedengaran suara takbir
Sayu juga hati ini
Mengenangkan ujian CINTA
membuktikan PENGORBANAN
antara dua jiwa

Betapa sebuah cinta itu
menuntut pengorbanan

Indahnya kisah pengorbanan dua wanita
Pengorbanan Sarah
Pengorbanan Hajar

Indahnya kisah pengorbanan dua lelaki
Pengorbanan Ibrahim as
Pengorbanan Ismail as

Pengorbanan demi CINTA ILAHI

Demi sebuah CINTA
Dua jiwa terpisah
Resah gelisah
Allah gantikan dengan nikmatNYA yang berganda


Cinta Sarah dan Ibrahim as
Sebuah kisah cinta yang sangat indah
Pasangan kekasih yang melabuhkan segala cinta kepada Maha Pencipta
Segala pengorbanan mereka pastinya tiada sia-sianya
Episod pengorbanan Cinta Dua Wanita
Pengorbanan Cinta Sarah
Maha Pengasih menghadiahkan sang Putera Nabi Ishaq as
Pengorbanan Cinta Hajar
Maha Pengasih mengurniakan telaga zam zam
dan bumi gersang tumbuh menghijau
dan penuh dengan jutaan manusia mengunjunginya 

Aku?
Aidil Adha kali ini
menyaksikan ujian perpisahan
Cinta dan Pengorbanan
Moga ianya juga tidak sia-sia
Moga ianya menjadi asbab untuk aku dan dia semakin mencintai dan merindui Maha Pencipta








Tuesday, 23 August 2016

Diri kita adalah ujian... Ujian Sesama Manusia...

Diri kita adalah ujian... 
Ujian Sesama Manusia...



Semalam 22.08.2016 pukul 11.23pagi merakamkan satu detik yang mengubah keseluruhan hidupku.
Pasrah dengan ujian-MU wahai Penciptaku.
Setelah hampir 20 tahun melaluinya, banyak yang ku pelajari.

Kasih sayang Maha Pencipta
aku merenung
merenung jauh di sebalik hamparan ujian

pahitnya ujian
sakitnya ujian

ada hamba-NYA yang diciptakan sebagai ujian kepada hamba-NYA yang lain
dan disebabkan dirinya tersebut, hamba yang diuji itu dikurniakan kesabaran, ketabahan, dan pelbagai nikmat anugerah daripada Maha Pencipta
Maha Pencipta mengurniakan masa untuk sujud menyembah Pencipta
berbicara bersama Maha Pemilik

adakah kita termasuk di kalangan hamba-NYA yang mendatangkan ujian kepada hamba-hambaNYA yang lain?
bila difikirkan, ya. aku pun termasuk juga dalam golongan pertama dan kedua.

aku menjadi ujian kepada manusia lain.
dan manusia lain juga menjadi ujian kepada aku.

dan alangkah bertuahnya jika ujian-ujian yang mendatangi manusia lain melalui diri aku mengangkat martabat mereka di sisi Allah swt.
dan alangkah bertuahnya manusia lain tersebut jika ujian-ujian yang datang daripada mereka terhadap diri aku melatih aku bersabar, bertabah, dan menjadikan diriku disayangi dan dicintai Maha Pencipta.

alangkah indahnya hidup ini.

indahnya hati hamba-NYA yang dapat berinteraksi dengan UJIAN dan memahami maksud kedatangan UJIAN.











Sunday, 24 April 2016

Fikirkan PILIHAN MAHA PENCIPTA ke atas dirimu, abaikan yang lain



Fikirkan PILIHAN MAHA PENCIPTA ke atas dirimu, 
abaikan yang lain



Wahai Maha Pengasih, berikanlah kefahaman atas semua kejadian...
Bacalah alam ini dengan penuh khusyuk...
Segala pilihan ALLAH adalah yang terbaik...
Serahkan diri kepada-NYA
Yakin kepada setiap ketetapan-NYA
jangan terlalu memikirkan segala kata-kata makhluk-NYA di sekelilingmu... tetapi fikirkanlah apakah PILIHAN-NYA ke atas dirimu....
sedangkan engkau setiap hari berdoa untuk mendekati, mengenali, mencintai dan merindui MAHA PENYAYANG.... adakah engkau hamba yang menipu dirimu sendiri....
MALU untuk menerima ketentuan-NYA?
Risau dengan segala pandangan makhluk-NYA?

"Hilangkan pandangan orang lain kepada anda kerana berasa puas dengan pandangan Allah Taala kepada anda"

Ghaibkan pandangan anda terhadap makhluk kerana tidak ada seorangpun yang mampu memberi mudarat atau manfaat kerana adanya pandangan Allah Taala kepada anda kerana DIA lah saja yang memiliki mereka dan anda...
Janganlah anda menghiraukan pandangan orang lain kepada anda, sebaliknya lihatlah pengawasan Allah Taala kepada anda. Ini kerana Allah Taala sentiasa memandang anda pada setiap hal keadaan anda dan Dia amat mengetahui apa yang tersembunyi di dalamnya, sedang orang lain tidak tahu langsung tentang keadaan diri anda itu kecuali yang nampak lahir pada anda.
Apabila Allah Taala memandang kepada anda dengan penuh kasih sayang, maka tidak ada sesiapa yang mampu mendatangkan mudarat kepada anda dengan pandangan kebencian mereka itu.
Oleh itu jelaslah, bahawa sesiapa yang mampu menghilangkan pandangan orang lain (makhluk) daripada fikirannya dan sebaliknya berhadap (bersemuka) dengan pandangan Haq Taala dan menghala ke arah-NYA, maka ini bererti memang benarlah ia bersungguh-sungguh dalam UBUDIAHnya (menghambakan diri kepada Allah Taala) dan berbahagialah dia dalam setiap haalnya.

Saturday, 23 April 2016

Ujian Kehidupan




UJIAN KEHIDUPAN


Di hujung perjalanan, sudah ada ketentuan Allah swt...
ketentuan itu pasti terbaik buat hamba-hambaNya yang beriman...

Wahai Maha Pengasih,
berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi segala rintangan kehidupan...
sesungguhnya segala cabaran ini terlalu sulit, terlalu payah, terlalu sukar buat hambaMu ini yang lemah...

Tiadalah kekuatan selain daripada pertolonganMu wahai Penciptaku...
aku tidak tahu apa hikmah di sebalik semua yang berlaku...
diri terasa sesak dari hari ke hari...
sungguh aku lemah, tidak berdaya untuk menghadapinya...

Setiap hari aku berdoa untuk mendekatiMu, mencintaiMu, merinduiMu...
Setiap hari juga aku diduga dengan makhlukMu...
dugaan yang tak mampu aku hadapinya wahai Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
betapa sukarnya untuk membuat pilihan antara 2 KEHIDUPAN...

Wahai Allah Yang Maha Pengasih,
sukarnya aku untuk melangkah keluar dari kehidupan ini...
betapa takutnya aku untuk menghadapi kehidupan di luar sana...
apakah yanag ada di luar sana?
walaupun kehidupan sekarang ini terlalu sakit, mencederakan diriku...
tapi, aku takut untuk menghadapi kehidupan baru di luar sana...

Wahai Allah Yang Dirindu,
Tunjukkanlah jalan menujuMu

Wahai Allah Yang Dirindu,
Bantulah kami untuk mendekatiMu

Wahai Allah Yang Dirindu,
Berikanlah kami kekuatan dan kesabaran menghadapi ujianMu

Wahai Penciptaku,
Berikanlah yang terbaik buat kami hamba-hambaMU yang lemah ini
kami tidak memahami hikmah di sebalik segala ujianMu ini
risaunya hati ini jika langkah yang kami ambil ini semakin menjauhi diriMu
dan menambahkan dosa kami kepadaMu
ampunkanlah segala kekhilafan hamba-hambaMu ini dalam membuat pilihan kehidupan

Wahai Maha Pengasih,
Ku mohon kebahagiaan dariMu di dunia dan akhirat
Jadikanlah hamba-hambaMU yang REDHA dengan segala ujian dan ketentuanMU
dan berikanlah kami KEFAHAMAN disebalik segala ujian kehidupan ini




Friday, 25 March 2016

Ketika Allah rindu, Allah timpakan ujian



Ketika Allah rindu, Allah timpakan ujian


Kehadiran emel yang tidak diundang rupanya menggamit memori silam yang sangat perit. Luka lama berdarah kembali? Lama mengambil masa untuk merawat diri. Masa menyembuhkan.

10.03.2016

Alhamdulillah, setelah berdoa sejak 21.02.2016 untuk menjadi tetamu Allah swt, akhirnya permintaan dan rintihan dikabul-Nya. Hari ini berangkat menjadi tetamu-Nya. Indah rasanya.

11.03.2016 - 20.03.2016

Kalau nak dicatat satu persatu, tentulah amat indah kenangan bersama-NYA.
Berbicara
Mengadu
Menangis
Merintih

Ya. Maha Pencipta Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Sekecil-kecil perkara diadu, merintih..hinggakan tidak dapat masuk Raudhah pada satu-satu waktupun pun menangis mengadu kepada Maha Pencipta.


ما صدق الله من احب الشهوة 
"Tidak benar-benar bertujuan kpd Allah swt sesiapa yg masih suka kpd syahwat"



Syeikh Abu Thalib ra berkata :
"Keikhlasan orang-orang mukhlisin itu ialah keluarnya makhluk (manusia) daripada mengerjakan amal kerana untuk Haq Taala, sedang manusia (makhluk) yang pertama melarikan diri daripada beramal itulah nafsu"

Dalam setiap amalan kita, kita kena berusaha untuk melepaskan diri kita daripada kongkongan nafsu, kongkongan syahwat. Apatah lagi, dalam perjalanan menuju Maha Pencipta kita.

Seorang syeikh ra berkata : 'Sahkanlah amalmu yang ikhlas dan sahkanlah ikhlasmu dengan berlepas diri dengan pengertian - "Laa haula wala quwwata illa billah"

Wednesday, 20 January 2016

Mahu bermesra dengan Pencipta-MU?



"Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu (tidak menuruti nafsumu). Kalau engkau sudah merasa manisnya hubungan dengan Allah, tahukah engkau betapa pahitnya berpisah dengan-Nya"

Tuesday, 19 January 2016

Setitis Iman, Segenggam Amal



Setitis Iman, Segenggam Amal.

Zu an-Nun berkata : Takut kepada neraka jika dibandingkan dengan takut terpisah dari Allah Taala adalah seperti satu titis air dari lautan yang besar.

"Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dari-Ku : 'Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)" (As-Sajdah : 13)

Dunia tiada erti apabila Akhirat dinanti



Wahai Penciptaku,
terasa agak sunyi apabila kurang berbicara dengan-MU
awan cerah kelihatan sendu
dunia luas terasa sempit, susah beradu
mengenangkan saat-saat indah bersama-MU, mengingati-MU

Wahai Penciptaku,
tiada tempat untuk ku mengadu
selain bait-bait bicara di blog lesu
bukan seperti dulu di dada buku
setiap satu luah satu persatu
agar hilang senak di kalbu
agar rindu datang bertamu
agar resah berlalu

Wahai Penciptaku,
makin sibuknya guru
buatku terpaku
ke mana arahku
mana assignment dulu
amal selalu
amal selalu
selalu

Wahai Penciptaku,
permudahkanlah jalanku menuju-MU
mudahkanlah aku sujud dan rukuk kepada-MU
penuhkanlah minda, hati, ingatan
hanya dengan CINTA dan RINDU kepada-MU
rahmatilah ahli keluargaku
rahmatilah ahli keluarga guruku

Wahai Penciptaku,
lusuhnya dunia
membuatku jemu
indahnya mengingati-MU
membuatku rindu

sungguh dunia tiada erti
apabila akhirat dinanti

Mengenal Wali Allah



"Maha Suci Allah Taala, Tuhan yang tidak menjadikan dalil (tanda bukti) untuk para wali-Nya, kecuali dari jalan dalil (bukti) yang menunjukkan kepada-Nya"

Allah swt sengaja tidak mengadakan suatu bukti untuk para wali-Nya, sekadar untuk mengenal kepada-Nya.

Syeikh Abul Abbas Al-Marsi r.a. berkata : "Untuk mengenal orang arif (waliyullah) itu lebih sukar daripada mengenal Allah Taala, sebab Allah swt itu mudah dikenal dengan Kamal dan Jamal-Nya (dengan adanya bukti-bukti kebesaran, kekuasaan dan keindahan ciptaan-Nya). Maka bagaimana pula anda akan dapat mengenal manusia yang sama saja seperti anda?"

Maksudnya ialah bahawa Allah Taala itu tidak boleh dikenal melainkan apa yang tampak nyata pada setiap perbuatan-Nya (mencipta dan mengatur), dan begitu juga untuk mengenali wali amat sukar melainkan apa yang tampak nyata pada sifat-sifat wali itu.

Jadi jika Allah Taala amat sukar untuk dikenali kecuali dengan taufik-Nya (petunjuk-Nya), demikian juga wali Allah juga amat sukar dikenali melainkan dengan Haq Allah Taala menyampaikan kepadanya.

Tanda wali itu ialah mengutamakan Haq Allah Taala dan berpaling (tidak menghiraukan) makhluk dengan melazimkan (mengekalkan) sunnah Rasul-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengenal Allah Taala, maka ia mengenali para wali-Nya. Ini kerana mengenal Allah Taala itu terhenti atas mengenal dirinya, sedang mengenal para wali itu pula terhenti atas mengenal Allah Taala.

Akhirat itu sangat hampir




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...