Sunday, 27 November 2022

Manisnya sebuah persahabatan

 

MANISNYA SEBUAH PERSAHABATAN



Assalamualaikum dan Salam buat semua pengunjung Kalam Perindu,

Semoga sentiasa merindui rasa kehadiran Pemilik Segala Jiwa
Merindui ketenangan malam yang menyelimuti siang
Merindui untuk mengadu segala yang membebani jiwa
Merindui untuk berbicara dengan-Nya Yang Maha Penyayang
Terus merindui untuk tunduk sujud pada-Nya 

Wahai Pemilik Diriku
Bertahun aku menyendiri
Melalui liku-liku hidup yang penuh berduri 
Ku diuji dengan kehilangan demi kehilangan
Persahabatan

1986…. Kehilangan RK
1989…. Kehilangan RI
1991…. Kehilangan SN

Lalu aku terus berdikari tanpa seorang sahabat di sisi
Mungkin aku telah ditakdirkan untuk bersendirian
Pemergian sahabatku yang sangat kukasihi SN
Engkau rezekikan kepadaku untuk mandikan jenazahnya
Mengiringinya dalam perjalanan menuju-Mu

Kemudian,
Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih 
Engkau kembalikan RK kepadaku setelah 34 tahun terpisah 
Dan Z turut menemani perjalananku
Alhamdulillah

Dan,
Tanpa ku duga 
Kau temukan hambamu dengan seorang insan 
yang jauh merentas benua 
entah bagaimana peribadinya
entah bagaimana rupa parasnya
entah bagaimana kehidupannya
entah bagaimana… ya, pelbagai persoalan timbul
Daripada seorang insan yang selama ini
Kesepian
Keseorangan

Namun kau cipta sebuah persahabatan
Antara dua benua
18.09.2022

Manisnya sebuah persahabatan
Yang tercipta
Tanpa ku duga
Aturan Yang Maha Esa


Wednesday, 29 June 2022

Mencari Diri Yang Hilang.. Sayangilah Diri..




Salam Tahajud buat semua pengunjung Kalam Perindu.

Lama betul saya tidak singgah dan melakar bait di halaman Kalam Perindu.

Memang terasa rindu.

Alhamdulillah, Maha Pengasih, Maha Suci Allah yang mengangkat beban ujian yang melanda hidup selama ini. 

Dulu terasa diri karam di lautan yang amat dalam. 

Namun, Allah tidak meninggalkan hamba-Nya terkapai-kapai keseorangan. 

Allah sentiasa ada bersama dan menemani.

Bertahun saya mengambil masa untuk merawat diri dan mengumpul kekuatan untuk kembali bertatih dan berjalan.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah di atas segala ni'mat dan ujian.


Saat diuji, 

Minda terasa kosong,

Secebis demi secebis diri bagaikan hilang,

Hingga mula tidak mengenali diri sendiri,

Tidak mengenali erti bahagia,

Tidak tahu cara untuk menikmati bahagia.

Kerana selama diuji, hanya air mata yang menemani,

Bersama rintihan hati kepada Ilahi.


ziaz

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...