Tuesday, 19 January 2016

Setitis Iman, Segenggam Amal



Setitis Iman, Segenggam Amal.

Zu an-Nun berkata : Takut kepada neraka jika dibandingkan dengan takut terpisah dari Allah Taala adalah seperti satu titis air dari lautan yang besar.

"Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dari-Ku : 'Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)" (As-Sajdah : 13)

Dunia tiada erti apabila Akhirat dinanti



Wahai Penciptaku,
terasa agak sunyi apabila kurang berbicara dengan-MU
awan cerah kelihatan sendu
dunia luas terasa sempit, susah beradu
mengenangkan saat-saat indah bersama-MU, mengingati-MU

Wahai Penciptaku,
tiada tempat untuk ku mengadu
selain bait-bait bicara di blog lesu
bukan seperti dulu di dada buku
setiap satu luah satu persatu
agar hilang senak di kalbu
agar rindu datang bertamu
agar resah berlalu

Wahai Penciptaku,
makin sibuknya guru
buatku terpaku
ke mana arahku
mana assignment dulu
amal selalu
amal selalu
selalu

Wahai Penciptaku,
permudahkanlah jalanku menuju-MU
mudahkanlah aku sujud dan rukuk kepada-MU
penuhkanlah minda, hati, ingatan
hanya dengan CINTA dan RINDU kepada-MU
rahmatilah ahli keluargaku
rahmatilah ahli keluarga guruku

Wahai Penciptaku,
lusuhnya dunia
membuatku jemu
indahnya mengingati-MU
membuatku rindu

sungguh dunia tiada erti
apabila akhirat dinanti

Mengenal Wali Allah



"Maha Suci Allah Taala, Tuhan yang tidak menjadikan dalil (tanda bukti) untuk para wali-Nya, kecuali dari jalan dalil (bukti) yang menunjukkan kepada-Nya"

Allah swt sengaja tidak mengadakan suatu bukti untuk para wali-Nya, sekadar untuk mengenal kepada-Nya.

Syeikh Abul Abbas Al-Marsi r.a. berkata : "Untuk mengenal orang arif (waliyullah) itu lebih sukar daripada mengenal Allah Taala, sebab Allah swt itu mudah dikenal dengan Kamal dan Jamal-Nya (dengan adanya bukti-bukti kebesaran, kekuasaan dan keindahan ciptaan-Nya). Maka bagaimana pula anda akan dapat mengenal manusia yang sama saja seperti anda?"

Maksudnya ialah bahawa Allah Taala itu tidak boleh dikenal melainkan apa yang tampak nyata pada setiap perbuatan-Nya (mencipta dan mengatur), dan begitu juga untuk mengenali wali amat sukar melainkan apa yang tampak nyata pada sifat-sifat wali itu.

Jadi jika Allah Taala amat sukar untuk dikenali kecuali dengan taufik-Nya (petunjuk-Nya), demikian juga wali Allah juga amat sukar dikenali melainkan dengan Haq Allah Taala menyampaikan kepadanya.

Tanda wali itu ialah mengutamakan Haq Allah Taala dan berpaling (tidak menghiraukan) makhluk dengan melazimkan (mengekalkan) sunnah Rasul-Nya dengan bersungguh-sungguh.

Ketahuilah bahawa sesiapa yang mengenal Allah Taala, maka ia mengenali para wali-Nya. Ini kerana mengenal Allah Taala itu terhenti atas mengenal dirinya, sedang mengenal para wali itu pula terhenti atas mengenal Allah Taala.

Akhirat itu sangat hampir




Sunday, 20 December 2015

Jururawat Cassie menemui hidayah melalui pesakit Alzheimers

Kisah menarik mengenai Jururawat Cassie berusia 23 tahun yang memeluk Islam.
Hidayah daripada Allah swt melalui pesakitnya berusia 80 tahun yang mengalami Alzheimers.



Mulianya seorang hamba Allah swt.
Dalam keadaan terlantar sakit, Allah swt memberi hidayah melalui dirinya.

Friday, 16 October 2015

bicaraku...


bicaraku


Wahai Penciptaku
dalam kesibukanku mengurus dunia
ku diuji dengan pelbagai oleh hamba-hambaMU
perit terasa
pelbagai tuduhan dan kata nista
pelbagai fitnah dan cemuhan
semua yang kulakukan dipersalahkan
semua yang kulakukan diputar belitkan

Guru menasihatkan ku
sabar … S A B A R
ya terus bersabar

ku tarik nafas panjang-panjang
ku lepaskan perlahan lahan
bila kah akan selesai
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
……….
sukarnya menyelesaikan tugasan yang diberikan
berat terasa beban amanah
walau disebaliknya ku nampak hikmah
KAU berikan apa yang ku impikan
KAU berikan apa yang ku citakan
… ACSB ...
KAU hadiahkan ku 313
KAU hadiahkan ku 15

Wahai Penciptaku

hari ini aku terbaca sebuah kisah
kisah mimpi
sebelum ini memang ku pernah membacanya beberapa kali
tapi kali ini ku ingin berkongsi di sini
buat penghibur diri
buat peringatan diri


Mimpi Abu Laits As-Samarqandi


Abu Laits As-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang mashyur. Antara karyanya yang sangat terkenal hingga kini adalah kitab Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi orang-orang yang lalai). 

Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima “petunjuk” dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka beliau salah seorang yang menerima petunjuk melalui mimpi itu, pada suatu malam beliau bermimpi diperintahkan yang berbunyi, 

"Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat demikian:- 
1. Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. 
2. Engkau sembunyikan. 
3. Engkau terimalah. 
4. Jangan engkau putuskan harapan. 
5. Larilah engkau daripadanya." 

Pada keesokan harinya, beliau itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Beliau kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka beliau itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka beliau pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. 

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas beliau itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Beliau itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka beliau berkata itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari olehnya, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam. 

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Hamba Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. 

Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri beliau itu sambil berkata, "Wahai Hamba Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku." Maka beliau itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, beliau meneruskan perjalananya. 

Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah beliau ke rumahnya. 

Pada malam itu, beliau pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawasanya:- 

1. Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. 

2. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. 

3. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. 

4. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. 

5. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah." 

Kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-gata tentang dirimu." 

ku rindukan MU




ku rindukan MU


Wahai Penciptaku
dalam ramai terasa sendiri
dalam riuh terasa sepi
dalam gembira terasa sayu hati
dalam tawa hati merintih

Wahai Penciptaku
aku rindu saat-saat berbicara dengan-MU
aku rindu saat-saat menyendiri dengan-MU
semuanya ku adu
semuanya

ketika itu duniaku terasa sangat luas
walau perit di uji
jejakku tidak terasa di bumi
bagai terbang di angkasa
melihat makhluk-MU
berbicara bercanda membeli belah segala
KAU menghiburku dengan pelbagai mimpi indah
mimpi bertemu dengan-MU
masih terngiang kata-kataMU
"……. ALLAH"

Sungguh aku rindu
sungguh aku rindu
waktu itu saat itu
ujianMU sangat indah
SABAR ITU INDAH
walau kini jika diuji sebegitu rasanya tak mampu ku harungi lagi
kerdilnya diri ini

ku cemburu kepada semua wali-MU
ku cemburu kepada kekasih-kekasih-MU
cemburu kerana mereka menikmati keindahan bersama dengan-MU

indahnya mengingati-MU
indahnya sebuah RINDU
indahnya setiap denyutan nadi mengingati MAHA PENCIPTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...