Monday 6 May 2024
Bila terasa nak menulis...
Bila terasa nak menulis
Sunday 27 November 2022
Manisnya sebuah persahabatan
MANISNYA SEBUAH PERSAHABATAN
Wednesday 29 June 2022
Mencari Diri Yang Hilang.. Sayangilah Diri..
Salam Tahajud buat semua pengunjung Kalam Perindu.
Lama betul saya tidak singgah dan melakar bait di halaman Kalam Perindu.
Memang terasa rindu.
Alhamdulillah, Maha Pengasih, Maha Suci Allah yang mengangkat beban ujian yang melanda hidup selama ini.
Dulu terasa diri karam di lautan yang amat dalam.
Namun, Allah tidak meninggalkan hamba-Nya terkapai-kapai keseorangan.
Allah sentiasa ada bersama dan menemani.
Bertahun saya mengambil masa untuk merawat diri dan mengumpul kekuatan untuk kembalti berlini, bertatih dan berjalan.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah di atas segala ni'mat dan ujian.
Saat diuji,
Minda terasa kosong,
Secebis demi secebis diri bagaikan hilang,
Hingga mula tidak mengenali diri sendiri,
Tidak mengenali erti bahagia,
Tidak tahu cara untuk menikmati bahagia.
Kerana selama diuji, hanya air mata yang menemani,
Bersama rintihan hati kepada Ilahi.
ziaz
Saturday 25 May 2019
CINTA ALLAH... bagaimana untuk memperolehi cinta-NYA ?
2. Allah mencintai golongan muttaqin iaitu orang-orang yang bertaqwa
3. Allah mencintai golongan shabirin iaitu orang-orang yang sabar
4. Allah mencintai golongan mutawakkilin iaitu orang-orang yang bertawakkal
5. Allah mencintai golongan muqsithin iaitu orang-orang yang berlaku adil
6. Allah mencintai golongan tawwabin iaitu orang-orang yang bertaubat
7. Allah mencintai golongan muththohhirin iaitu orang-orang yang menjaga kebersihan
Wednesday 22 May 2019
Selamat Menyambut Nurul Al-Quran 17 Ramadan 1440H
17 Ramadan 1440H / 22 Mei 2019
Masih kekal keseorangan mengharungi kehidupan di dunia. Moga Allah kurniakan ketabahan kepada diriku. Moga Allah bukakan pintu-pintu rezeki buat aku dan anak-anak.
Alhamdulillah hari ini aku menjejakkan kaki di sebuah Pusat Tahfiz Anak-Anak Yatim. Impian aku untuk membuka Maahad Tahfiz belum terlaksana. Guruku membawa aku menziarah agar aku mendapat idea dan pandangan daripada mereka yang berada di dalam 'industri' tersebut. Pelbagai rencam dan masala yang aku dengar. Selama ini aku hanya beranggapan membangunkan sebuah Pusat Tahfiz semuanya tentulah lillahi taala dan tiada masalah-masalah yang berpunca dari hati. Tetapi, iyelah yang menguruskannya pun manusia bukannya malaikat. Banyak ujian duniawi.
Sungguh aku merasa 'kerinduan' untuk mencoret rasa cinta dan rindu kepada Penciptaku.
Sungguh aku merasa 'kerisauan' jika sekiranya Allah tidak memandang aku hambaNya yang hanya sikit ujian dan amalnya dibandingkan dengan hamba-hambaNya yang lebih hebat diuji dan lebih hebat amalnya.
Sungguh aku merasa 'kecemburuan' apabila melihat hamba-hambaNya yang dicintai mengadapNya seorang demi seorang di bulan Ramadan yang mulia dengan amal yang begitu banyak, sedekah, infak dan macam-macam amal kebaikan. Cemburunya aku.
Sungguh aku merasa 'kegundahan' apabila merasakan amal aku makin berkurangan. Zikir aku makin kurang.
Bagaimanakah pengakhir hidupku kelak?
Wahai Penciptaku,
Penuhkanlah hatiku dengan rasa cinta dan rindu kepada-MU
Matikukanlah aku di tempat dan bulan yang mulia dengan sebaik-baik kematian - HUSNUL KHATIMAH
Jadikanlah hidupku, anak-anakku, ahli keluargaku, ahli keluarga TG, ahli keluarga J ku, ahli keluarga staff ku dan seluruh kenalanku hanya untuk mencapai redha-MU - MARDHATILLAH
Wahai Penciptaku,
Aku ingin mencintai dan merinduiMU
Bantulah hamba-MU
Bantulah hamba-MU
Saturday 2 June 2018
18 Ramadhan
Semalam petang mesyuarat lagi,
ada yang bertanya adakah anak-anak bersedia untuk memulakan hidup baru (........) ?
aku hanya tersenyum
kelu
sebab tidak menyangka soalan itu yang keluar
aku cuma memikirkan dan berharap kehidupan baru itu tidak menjarakkan hubungan aku dan anak-anak daripada Allah swt
pengalaman lampau satu pengajaran bermakna
pilihan yang tepat untuk masa depan akhirat
aku tertarik dengan kata-kata bawah ini
indah sekali
ia menyejukkan sanubari
membuatkan diri dibuai mimpi
indah bukan?
merindukan keindahan bersama-NYA di kala aku diuji duka kehidupan
mengharapkan keindahan itu tidak berlalu pergi walaupun duka itu diangkat tinggi
Wahai Penciptaku
Janganlah biarkan aku melupakan dan meninggalkan-MU
sesungguhnya jika ia berlaku, hamba-MU ini berada dalam kerugian yang sangat besar
Thursday 24 May 2018
Rindu pada seorang Teman
Rindu pada seorang Teman
aku fikir
aku mampu hidup sendiri
menongkah arus
memanjat gunung
aku melemparkan senyuman jauh-jauh
agar kelihatan ke pelusuk alam
bahawa aku seorang yang gagah
aku seorang yang kuat
aku tak perlukan dahan lagi untuk berpaut
temanku memandangku dari kejauhan
temanku mendoakanku dari kejauhan
temanku senyum melihat kegigihanku meneruskan kehidupan
cuba melepaskan tanganku sedikit demi sedikit
agar kumampu bertatih berjalan
setelah pulih daripada cedera dalam sebuah perjalanan yang sukar
aku rindu pada nasihatnya
aku rindu pada gurauannya
aku rindu pada kelembutannya
aku rindu melihat segala tingkah lakunya yang mulia
mendidik umat tanpa alpa
hingga tiada masa untuk leka
itulah temanku
aku berharap dia menjadi temanku di akhirat kelak
walaupun sekadar berjiran di syurga
Aamin ya Rabbal Alamin