Monday 6 May 2024

Bila terasa nak menulis...

Bila terasa nak menulis
Ini yang keluar


.
.
Dalam masa satu hari, macam-macam kejadian.
Belum lepas satu kelelahan.
Satu lagi kelelahan hadir mendatang.
Sungguh menguji ketabahan.
Kesabaran. Kekuatan.
.
Dunia ini ibarat pentas kehidupan.
Pelbagai watak manusia yang kita temukan.
Pelbagai topeng yang mereka pakaikan.
Semuanya mempunyai tujuan.
Kepentingan nafsu atau kepentingan iman.
Sanggup hilang ikatan.
Persaudaraan, Persahabatan.
Demi sebuah impian.
.
Namun,
Ada yang hadir menghulur persahabatan.
Menjalin sebuah ikatan.
Dalam diam mengirim doa berpanjangan.
.
Terima kasih sahabat seperjuangan.
Kerna hadir di saat getir ujian.
.
Syukur hanya kepada Yang Maha Esa.
Tidak pernah meninggalkan hamba-Nya.
Walau di saat hamba-Nya alpa.
Terleka dengan nikmat sementara dunia fana.
Atau sibuk dengan mehnah yang melanda.
Semoga Husnul Khatimah pengakhir kita.
Mardhatillah tujuan hidup kita.
.
Alhamdulillah.
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...