Monday, 16 December 2013

Kembali kepada pencipta-MU



Ku ulangi
ulangi
ulangi
membaca
memikir kata-kata
memikir diri

'Kedatangan bantuan-bantuan (Allah swp kepada seseorang hamba) adalah berdasarkan kepada persediaan (hamba itu dengan membersihkan batin dan melazimi wiridnya). Terbitnya cahaya-cahaya (ilmu dan makrifat dalam hati seseorang hamba) adalah berdasarkan kesucian dan kemurnian hati (hamba itu)'

indah kata-kata ini
aku termenung kembali
memikir keadaan diri
keadaan hati

adakah hatiku sesuci dan semurni itu
untuk sebuah cahaya makrifat menjengokku
malu pada tamuku sang ilmu
malu pada tamuku sang makrifat
andainya rumahku kotor berdebu
apa yang hendak ku jamu
andai tiada persediaan
menyambut tamu

ku baca lagi

'Ketahuilah bahawa Allah Taala telah menaruh cahaya-cahaya perkara ghaib dalam jenis-jenis amalan taat. Sesungguhnya sesiapa yang terluput daripadanya sesuatu jenis amalan taat, dan kekurangan sesuatu jenis muwafaqat, maka terluputlah daripadanya cahaya sekadar itu juga. Oleh itu, janganlah kamu mengabaikan sesuatu amalan taat. Janganlah kamu berpada dengan waridat daripada mengerjakan wirid. Janganlah kamu redha bagi diri sendiri dengan apa yang diredhai oleh orang yang mendakwa bahawa hakikat terpancar dari lidah mereka, sedangkan hati mereka kosong daripada hakikat tersebut'

terasa di awangan
indahnya kalam
teringat asuhan guruku
tangga wiridku makin menurun
tangga zikirku juga

jangan terus merenung kosong
bertindaklah wahai diri
segera kembali kepada pencipta-MU

Tambahkan Rinduku Pada-MU



Bismillahir Rahmanir Rahim,

Wahai Penciptaku
Ku kembali merenung
Hari-hari yang berlalu
...1997...
1998...
1999...
2000...
...2004...
...2006...
hinggalah akhir...2012...
ku beranikan diri untuk berhijrah
setelah pelbagai mehnah ku redahi
keseorangan... hati pasrah

ya... perjalananku
bukanlah seindah hamparan permaidani merah
tiada siapa yang tahu
ada yang mengira
seolah aku tiada duka
Duhai Maha Pengasih
Engkau lebih mengetahui

kembali ku mengatur langkah
mengumpul kekuatan yang tersisa
ku kutip cebisan bahagia
satu persatu
biar ku gubah
menjadi bunga yang indah

ku sapa sang senyum
mengapa senyum tak jemu menghiasi wajah lara
menyolek agar tidak kelihatan sang duka
agar insan sekeliling tenang sentiasa

Duhai Penciptaku
Aku susuri jalan ini
mengikuti jejak-jejak tinggalan guru
ku sambut salam sajadah dan tasbih
sungguh ku rindu pada suatu waktu
rindu mimpi bertemu-MU
mengubah hidupku
berpindah ke suatu dunia
yang sangat indah tidak tergambar
hati merasa sesuatu
mata merenung langit, bagaikan rakan karib
air mata yang menitis tidak kusedari
menatap keindahan tidak terperi
yang belum pernah kumiliki
sungguh ENGKAU MAHA PENGASIH…

Di sebalik segala kekurangan diri
Di sebalik segala dosa yang membaluti
ENGKAU HADIR
memberikan bahagia
sungguh ENGKAU MAHA PENYAYANG
MAHA LEMBUT
MAHA PENGAMPUN

Wahai Penciptaku
Aku merindui-MU
Tambahkan rasa rindu pada-MU

Indahnya ATURAN MU, wahai Penciptaku

"Ya ALLAH, tarikan-MU terhadapku membuatku berharap kepada-MU
Sementara, hijabku dari-MU membuatku putus asa dari selain-MU
Maka, hapuskan hijabku hingga aku bisa sampai kepada-MU
Tariklah aku dengan tarikan yang membuatku tidak kembali kepada selain-MU"

Thursday, 7 November 2013

'Engkau bersama orang yang engkau cintai'




'Engkau bersama orang yang engkau cintai'


Di dalam kitab Raudhatul Muhibbin - Taman Orang-Orang Yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu tulisan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah terdapat banyak kisah para sahabat dan sahabiah yang memaparkan makna cinta yang sungguh luhur dan bersih.

Penulis ada mengungkapkan bahawa di dalam Shahihain, dari hadis Anas ibn Malik disebutkan bahawa ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw tentang Hari Kiamat.

Beliau balik bertanya, 'Apa yang telah engkau persiapkan untuk menghadapinya?'

'Tidak ada sama sekali. Hanya saja aku mencintai Allah dan Rasul-Nya', jawab orang itu.

Beliau kemudian berkata, 'Engkau bersama orang yang engkau cintai'

Anas berkata, 'Tidak ada satupun yang membuat kami bergembira seperti kegembiraan kami di saat mendengar sabda Rasulullah saw : Engkau bersama orang yang engkau cintai'

Anas berkata, 'Aku mencintai Nabi Muhammad saw, Abu Bakar, dan Umar. Maka aku berharap aku bisa bersama mereka dengan cintaku ini, meski aku tidak bisa beramal seperti amal mereka'

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahih-nya, dari hadis Abu Hurairah, dia berkata bahawa Nabi Muhammad saw bersabda,

'Allah berfirman pada hari kiamat : Manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-KU? Pada hari ini Aku melindungi mereka di bawah perlindungan-KU, hari yang tiada perlindungan selain perlindungan-KU'

Juga disebutkan dari Umar ibn Khattab r.a., dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda,

'Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah itu ada sekelompok manusia, mereka bukan para nabi dan juga bukan para syuhada, namun mereka bersama para nabi dan syuhada pada hari kiamat dalam kedudukan mereka kerana kurnia Allah'

Para sahabat berkata,

'Wahai Rasulullah, mahukah engkau memberitahu kami siapa mereka itu?'

Beliau menjawab,

'Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai dengan RUH ALLAH bukan kerana ikatan kekerabatan di antara mereka dan bukan juga kerana saling berbagi dengan harta mereka. Demi Allah, wajah mereka benar-benar berCAHAYA dan mereka di atas CAHAYA. Mereka tidak merasa takut sementara orang-orang lain merasa takut, mereka tidak bersedih sementara orang-orang lain merasa sedih'.

Setelah itu, beliau membaca ayat,

'Ingatlah, sesungguhnya wali-wali Allah itu tiada kekhuatirannya terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati' (Yunus : 62)

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Moga kita semua saling mencintai dengan RUH ALLAH kerana ALLAH.

Sibukkan dirimu dengan-NYA



Tazkirah buat diriku yang sentiasa lupa...

Wahai diri, ingatlah..


Ada dikalangan kita, bila diberi kesenangan, dia mudah lupa Allah. Ada juga manusia yang diberi kepayahan dia terus kufur kepada Allah.


Ada dikalangan kita bila diberi kepayahan, dia semakin kental dan semakin rapat dengan Allah. Ada juga manusia yang diberi kesenangan dia terus lupa kepada Allah.

Allah S.W.T mengenali kita lebih dari kita mengenali diri kita sendiri. Dia latih kita dengan kekadang, Dia beri kepayahan dan kekadang Dia beri kesenangan.

Kita berusaha bermati-matian untuk kesenangan dan berdoa terbaik untuk kita. Dia iaitu Allah, akan beri sesuatu terbaik untuk kita.

Selepas melalui kedua-dua keadaan, akan sampai saat kita melepasi satu maqam yang tinggi dan tinggi. Samada kepayahan atau kesenangan kita tetap sibuk bersamaNya.

Keadaan itu dilalui tanpa kita rasakan kerana kita terlalu sibuk denganNya.


بَسَطَكَ كَيْ لَا يُبْقِيْكَ مَعَ القَبْضِ، وَقَبَضَكَ كَيْ لاَ يَتْرُكُكَ مَعَ البَسْطِ، وَأَخْرَجَكَ عَنْهُمَا كَيْ لَا تَكُوْنَ لِشَيْءٍ دُوْنَهُ.

Allah melapangkan keadaan mu agar engkau tidak tetap dalam kesempitan. Dan Dia menyempitkan keadaan mu agar engkau tidak terus dalam kelapangan. 
Dia melepaskan kamu dari dua keadaan itu agar engkau BEBAS dari sesuatu selainNya

Ia mengingatkan kita pada hadis yang pernah kita sama-sama tekuni satu masa dulu:


عرض عليّ ربيّ أن يجعل لى بطحاء مكّة ذهبا فقلت: لا يا ربّ أشـبـع يوما و أجوع يوما

Tuhanku pernah menawariku untuk memberikan emas sebanyak daratan Mekkah, lalu aku menjawab: "Tidak wahai tuhanku Biarlah aku kenyang sehari dan lapar sehari" -Tirmizi

Terima kasih atas peringatan ini wahai Guru...

Wednesday, 6 November 2013

Kita Sangka...




Kita Sangka...


Kita sangka kehadiran kita dialukan
rupanya ia melukakan

Kita sangka pertolongan kita diperlukan
rupanya ia menyusahkan

Kita sangka keceriaan kita membahagiakan
rupanya ia mendukakan

Kita sangka semuanya ok belaka
rupanya serba tidak kena

begitulah kehidupan
begitulah perjalanan
sakit terasa
pedihnya luka

antara dua dunia
bukan mudah memahaminya

Ia bukan suatu noktah
Tetap menongkah
walau arus garang mengganas
tetap melangkah
tidak mengalah

aku tetap di sini
tetap meneruskan perjalanan
tanpa peduli lagi
perjalananku masih jauh

pasrah dengan ketetapan
sedihnya ya Allah
sedihnya ya Allah
sedihnya ya Allah

air mata yang gugur
mengubat rasa
membina kekuatan
maju ke hadapan

teruskan perjalanan
wahai diri

"Dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar)" (At-Taghabun : 11)

Tuesday, 5 November 2013

Perjalanan Sebuah Cinta




Perjalanan Sebuah Cinta


Kata Maha Pencipta, "Orang-orang yang bermujahadah pada jalan Kami nescaya Kami tunjukkan mereka jalan Kami".

Indah bukan. Ini janji Maha Pencipta kepada makhluk-Nya. Buat motivasi hati ini, agar tetap meneruskan perjalanan menuju CINTA ALLAH, walaupun keseorangan di alam ini, teruskan dan teruskan hingga menggapai CINTA ALLAH. Bersama-NYA sentiasa.

Dalam perjalanan menuju Pencipta, kita akan melalui alam-alam yang berlainan rasa.
Lihat sekeliling. Di sekeliling kita ada pelbagai manusia. Ciptaan Allah. Ada pelbagai lapisan jalinan hubungan. Hubungan fizikal. Hubungan hati.

Hubungan 1 - ikatan rakan taulan, kawan
Hubungan 2 - ikatan rakan kerja
Hubungan 3 - ikatan sahabat
Hubungan 4 - ikatan keluarga
Hubungan 5 - ikatan hati

Hubungan ikatan hati sangat unik yang membawa kita meneroka satu alam. Alam menuju Maha Pencipta. Alam Cinta. Alam yang tidak dapat dirasai oleh fizikal. Adakala perbualan topik alam hati ini sangat indah hingga menyebabkan kita lupa bahawa kita berpijak di alam fizikal, alam nampak.

Indahnya hamba Allah yang mempunyai hubungan ikatan hati. Meneroka satu alam yang indah. Mengenali Allah Yang Maha Lembut. Setiap ungkapan yang keluar mengandungi kata-kata hikmah yang menyentuh hati. Membimbing hamba-Nya menuju Cinta Suci.

Indahnya kata-kata Rabiatul Adawiyah ketika disoal tentang ibadah solatnya.

'Wahai Rabiah, apa yang engkau harapkan dari balasan ibadah solatmu?'

Tegas Rabiah menjawab,

'Aku tidak menginginkan balasan apa pun. Akan tetapi aku ingin membuat Rasulullah saw bahagia pada hari Kiamat nanti, iaitu ketika baginda mengatakan kepada para Nabi yang lain,
"Saksikanlah, ini adalah amalan yang telah dilakukan oleh seorang wanita dari umatku" '

Apabila seseorang hamba Allah dipilih Allah mencapai satu darjat yang sangat tinggi, iaitu sampai ke satu alam yang tidak lagi dibatasi oleh 3 dimensi, maka terjadilah perkara-perkara pelik yang sukar diterima dek akal normal. Seseorang yang diangkat oleh Allah untuk mengamalkan dimensi iman, islam dan ihsan, maka dia akan mencapai darjat yang sangat luar biasa.

Apabila membicarakan satu alam yang penuh rahsia, tentunya sangat berbeza dengan alam nyata yang kita hadapi dan lalui setiap hari. Roh yang menjelajah alam ghaib akan banyak menemui pelbagai perkara yang tidak mungkin dikemukakan dan dijelaskan dengan kata-kata.

Di dalam tubuh manusia itu sendiri mempunyai banyak sekali rahsia. Keadaan ini mungkin berlaku ke atas sesiapa sahaja yang Allah pilih dan kehendaki. Tubuh manusia dapat menjadi ringan sebagaimana ringannya udara, atau bahkan menjadi halus sebagaimana halusnya cahaya. Ada juga yang dapat menyaksikan roh para malaikat yang sedang mengelilingi bumi, kerana naluri kemanusiaannya yang sangat jauh dan bersih dari kecintaan terhadap kenikmatan dunia. Keadaan ini sebagaimana yang pernah disabdakan oleh Rasulullah saw, 'Apabila kalian menyembah Allah swt dengan benar, maka kalian akan dapat menjabat tangan para malaikat di tengah-tengah jalan di mana saja'

Ucapkanlah kepada dunia sebagaimana ungkapan Sahabat Ali bin Abi Talib r.a. :
'Wahai dunia, jauhilah aku. Jika engkau hendak menipuku, maka pergilah kepada selain aku'

Bagaimana kenikmatan dunia dapat menipu Rabiah, sedangkan beliau hidup di alam rahsia yang penuh dengan cahaya. Zuhud dan qanaah telah menjadi pilihan dalam hidupnya. Hatinya benar-benar telah bercahaya sehingga dapat menyaksikan pelbagai jenis rahsia alam.

Rindu.

Rindu.

Moga aku juga dapat ketemu Rabiatul Adawiyah, insan yang penuh di dadanya dengan CINTA ALLAH. Sungguh indah.





Monday, 4 November 2013

Ya Allah Ya Rabbi




Ya Allah
(Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah) 2X

Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku
Ya Allah bila memang Kau coba
Aku percaya Kau sayang padaku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah lindungilah diriku
Dari yang menjahati menzhalimiku
Ya Allah Kaulah Maha Segala
Engkaulah pelindung hidup dan matiku
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah Ya Rabbi
Ya Allah
Ya Allah jangan Kau coba aku
Melebihi batas mampu dan sanggupku

indahnya nama-MU
indahnya nama-MU
indahnya nama-MU
Allah
terasa sungguh indah alam ini
Allah
aku ingin sentiasa bersama-MU
tiada yang lain
hanya bersama-MU
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...