Sunday, 5 August 2012

Indahnya CintaMU



Mabuk Cinta di jalan Allah?

Andaikata dapat kuungkapkan bahawa betapa bahagianya hati ini, tentu kucatatkan setiap bait-bait indah yang mengisi jiwa untuk dikongsikan kepada semua pencinta Allah swt.

Dahulunya, kesabaran menjadi selendangku
Dibawa ke mana-mana
Jika diri terluka, selendang ini yang menjadi pengelap luka
Jika air mata mengalir duka, selendang ini yang menjadi pengelap setia

Hari ini, selendang ini tetap kubawa
Takkan kutinggalkan walau lusuh warnanya
Kerana selendang ini menemaniku menuju CintaNYA

Ya Allah
tarikan-MU terhadapku membuatku berharap kepada-MU
Sementara hijabku dari-MU membuatku putus asa dari selain-MU
Maka, hapuskanlah hijabku hingga aku bisa sampai kepada-MU
Tariklah aku dengan tarikan yang membuatku tidak kembali kepada selain-MU

Penuhkan hatiku dengan cintaMU
Penuhkan hatiku dengan rinduMU
Amin Ya Rabb.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...