Monday, 13 August 2012

Mencari DUNIA untuk AKHIRAT



Mencari Dunia Untuk Dunia

Mencari Dunia Untuk Akhirat



Syeikh Abu Hasan al-Syadzili rahimahullah berkata,
"Aku bermimpi bertemu dengan Abu Bakar As-Siddiq. 
Ia berkata, 'Apakah kau tahu tanda keluarnya cinta dunia dari dalam hati?' 

'Tidak', jawabku.
Kemudian ia menjawab, 'Tandanya adalah mengeluarkannya ketika memiliki [dunia] dan merasa lapang saat tidak memilikinya'

Jadi, tidak semua orang yang mencari dunia tercela. Pencari dunia yang tercela adalah yang mencarinya untuk dirinya sendiri, bukan untuk Tuhannya, serta untuk dunianya, bukan untuk akhiratnya.

Moga kita tergolong dalam hamba-hamba-NYA yang dunia tidak memiliki kekuasaan ke atas mereka sebagaimana firman Allah swt, 'Engkau tidak memiliki kekuasaan atas hamba-hamba-KU'.

Ya Allah, mudahkanlah hamba-hamba-MU melalui ujian Dunia. Biarlah dunia hanya di genggaman tangan, tidak sampai melekat di hati. Jadikanlah kami hamba-hamba-MU yang bersabar ketika kehilangan dunia dan bersyukur ketika memilikinya.

'Sungguh, nikmat Allah ketika DIA menjauhkanku dari dunia lebih sempurna daripada nikmat-NYA ketika DIA memberiku [dunia]' - Sufyan al-Tsauri

Terima kasih buat sahabat-sahabat yang setia membantu setia bersama ketika Allah menguji kita dengan nikmat dunia.


Pesanan Saidina Ali r.a. :

Aku berpesan kepada kamu supaya banyak bertaqwa kepada Allah dengan membelakangi dunia yang akan meninggalkan kamu meskipun kamu tidak mudah untuk meninggalkannya. Dunia akan menghancur-luluhkan tubuh kamu sedang kamu terus ingin memperbaharuinya. Hanyasanya perumpamaan kamu dengan dunia itu adalah ibarat sekumpulan manusia yang dalam pelayaran, mereka telah melalui satu jalan dan mereka menyangka telah melewatinya, mereka bergantung kepada satu pengetahuan yang mereka ingat telah sampai kepadanya. Betapa ramai orang yang berlari yang sampai ke kemuncaknya, dan betapa ramai orang yang mengharap panjang pada dunia tiba-tiba terpaksa berpisah dengannya. Oleh itu jangan sekali-kali kamu merungut kerana keburukan dunia dan kesusahannya, dan jangan sekali-kali kamu merasa sukaria kerana harta-benda dunia dan kenikmatannya, semua itu akan hilang lenyap daripadamu. Aku rasa hairan melihat orang yang mengejar dunia sedang maut mengikutinya dari belakang. Dia sentiasa lalai yang dirinya akan mati, tidak pernah ingat yang mati itu akan menimpanya.

Isi surat dari Sayidina Ali kpd Salman Al-Farisi:


"Dunia itu adalah seumpama ular, lembut sentuhannya, tetapi bisanya mematikan, maka berpalinglah anda dengan menjauhkan diri dari semua sesuatu yang menimbulkan kekaguman anda padanya (dunia) kerana (akan menjadi) sedikit sesuatu yang menyertai anda dari (bahaya) dunia itu."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...