Monday, 17 June 2024

Salam Aidil Adha 2024

 

SALAM AIDIL ADHA 2024


Setiap tahun, aku tidak lepas daripada melakukan ibadah korban buat diri dan kedua ibubapaku, juga buat saudara-saudaraku yang berjuang di buji wakafan bumi Palestin.

Mereka insan kekasih Allah.
Mereka insan terpilih.
Mereka para syuhada'.
Mereka sentiasa berjuang mempertahankan bumi Palestin dengan batang tubuh mereka sendiri.
Mereka tidak dambakan harta Dunia.
Mereka hanya dambakan perhatian dan redha Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.



Bezanya mereka dengan kita. 
Terasa kerdilnya diri kita di sisi Allah. 

Kita di sini masih berjuang. 
Ya, masih berjuang untuk hidup dengan pelbagai kesempitan kewangan.

Mereka berjuang mempertahankan bumi umat Islam.
Ditindas. Dibunuh. Seluruh dunia melihat.
Negara yang berkuasa semakin bongkak.
Menggunakan segala kuasa untuk membunuh yang tidak berdosa.
Di sambut dengan peluru dan bom.
Dengan darah.

Kita di sini berjuang untuk hidup dari bulan ke bulan.
Membayar bil-bil bulanan, ansuran Kereta, ansuran rumah.
Jika sebagai majikan pula, gaji pekerja, kwsp.
Pelbagai tekanan hidup.
Kos hidup yang semakin tinggi.
Yang berkuasa menindas yang lemah.
Yang berkuasa ingin kekal berkuasa.
Pelbagai cara dibuat.

Aidil Adha kali ini,
Tetap disambut.
Dengan apa yang ada.

Ada yang mesej perlukan bantuan kewangan.
Tiada gaji.
Tiada pendapatan.

Ada yang meminjam ah long.
Ada yang menerima ugutan.

Ujian.
Ujian.
Ujian.
Berterusan.

Aku.
Aku memerhati.
Aku merasai.
Segala keperitan.
Memikirkan.
Sentiasa memikirkan jalan.

Tidak berhenti.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...