SEBUAH PERTEMUAN ITU...
Setiap pertemuan yang Allah izinkan berlaku, tentu ada sebab musababnya.
Sungguh Allah tidak menjadikan segala sessuata itu, termasuklah pertemuan dengan hamba-Nya sesuatu yang sia-sia.
Ya. Kerisauan pasti menjengah di dada.
Semoga segala yang diaturkan Allah, ada kebaikan di dalamnya, walaupun dibaluti dengan seribu kepayahan dan keresahan.
Aku pasrah.
Aku berserah.
Tempatku mencari rezeki, sepi tidak berpenghuni.
Sedih menyapa.
Pilu bertapa.
Hadir si dia yang tiba-tiba sahaja menghulurkan bantuan yang tidak disangka.
Aku keliru.
Ya. Aku keliru.
Wahai Penciptaku, Engkau Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
Jangan Engkau tinggalkan aku.
Jangan biarkan aku sendiri.
Kerna aku takut tanpaMU di sisiku.
Walaupun ku tahu, Engkau sangat dekat.
Engkau memerhati.
No comments:
Post a Comment